Benar kata orang, didikan yang baik itu bermula daripada rumah kerana anak ini diibaratkan seperti kain putih dan yang akan mencorakknnya adalah ibu bapanya sendiri.
Perasaan simpati, sedih daripada seorang anak terhadap orang yang lebih memerlukan ini adalah satu perasaan yang tidak boleh ditipu dan ianya lahir semula jadi dalam diri anak-anak.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki membelikan selipar untuk seorang pakcik yang tidak dikenali mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @Malaysiaviral di laman Twitter, pada awalnya pak cik yang duduk di depan kedai ECO dikerumun oleh sekumpulan budak lelaki.
Kemudian, dapat dilihat salah seorang budak lelaki tadi membawa selipar dari kedai ECO untuk pak cik itu cuba pakai.
Oleh kerana saiz nya kakinya yang tidak muat dengan selipar yang dibeli, budak lelaki tersebut telah menukar berkali-kali sehingga boleh dipakai oleh pakcik itu.
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau reaksi netizen, rata-rata warga maya kagum dengan sikap budak lelaki tersebut yang prihatin terhadap orang lain dan membelikan pakcik tersebut sepasang selipar.
Bukan itu sahaja malah netizen juga ‘salute’ dengan didikan yang diberikan daripada kedua ibu bapa budak lelaki tersebut sehingga melahirkan seorang anak yang boleh dijadikan contoh kepada orang lain.
Antara komen warga maya: