Connect with us

Viral

Budak Teringin Makan Pizza Bayar Guna Selonggok Wang Syiling

Pelbagai gelagat dan ragam orang ramai dikongsikan di media sosial salah satunya adalah yang dikongsikan di laman Twitter oleh seorang pengguna bernama @idealuzair.

Pengguna ini berkongsi kisah lucu rakannya Faiz Rosman yang bekerja sebagai penghantar makanan yang menerima satu pesanan daripada seorang kanak-kanak.

Kanak-kanak itu bayar pakai duit syiling satu plastik

Menerusi posting tersebut, lelaki itu berkongsi paparan skrin perbualan Whatsapp bersama rakannya yang bercerita mengenai detik-detik ketika menghantar pizza ke rumah kanak-kanak berkenaan.

Apabila sampai di sana, Faiz berkata dia menerima sejumlah duit syiling dalam satu beg plastik sebagai pembayaran dan terus beredar tanpa sempat untuk mengira kerana dalam keadaan tergesa-gesa.

Jumlah syiling tersebut rupanya tidak mencukupi

Ketika menukar duit syiling berkenaan di sebuah pam petrol, dia menyedari bahawa kanak-kanak itu hanya membayar RM18 dimana jumlah sebenar adalah RM28.50.

Berniat hanya mahu mengusik, Faiz bertanya semula kepada kanak-kanak itu melalui Whatsapp dengan memberitahu bahawa jumlah pembayaran sebelum ini tidak mencukupi selain bergurau ingin membuat laporan polis.

Saya cuma teringin nak makan bang

Gusar perkara tersebut akan disampaikan kepada ayahnya, kanak-kanak tersebut meminta penghantar makanan berkenaan datang kembali ke rumahnya dan berjanji akan membayar baki RM15 lagi.

Bagaimanapun, Faiz menghalalkan baki tersebut dan menyifatkan itu adalah rezeki kanak-kanak berkenaan yang telah lama teringin untuk menikmati pizza.

Saya takut ayah saya marah

“Saya takut ayah saya marah. Saya cuma teringin nak makan. Abang datang lah rumah saya, saya bagi RM15 duit makanan & penghantaran,” kata kanak-kanak tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penghantar makanan tersebut dan mendoakan semoga dia dimurahkan rezeki di kemudian hari.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.