Connect with us

Viral

Buka Sampul Lepas Majlis Perkahwinan, Tuan Rumah Terkejut Bukan Jumpa Duit Tapi Rupa-Rupanya…

Majlis perkahwinan kebiasaannya diraikan bersama-sama dengan keluarga dan kenalan yang rapat dengan mereka.

Iospital phone repair gombak

Setelah dihidangkan dengan pelbagai jamuan makanan, kita sebagai tetamu kebiasaannya hulurkanlah sedikit wang seikhlas hati kepada tuan rumah yang dipanggil sebagai tradisi ‘salam kaut’.

Walaupun tidak semua majlis perkahwinan mengamalkan tradisi ini, akan tetapi ianya masih boleh dilakukan sebagai salah satu cara menunjukkan kita menghormati tuan rumah pengantin tersebut.

Namun begitu, itu tidak terjadi kepada tuan rumah sebuah majlis perkahwinan ini yang rakaman videonya tular di laman TikTok.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @uncle_susu itu, dikatakan tuan rumah ‘bersungguh’ membuka sampul tersebut.

Sekali yang dikeluarkan, hanyalah tisu semata-mata.

“Janganlah amalkan macam ni. Kalau tak nak bagi, baik tak payah bagi.

“Jangan naye kawan. Nak bergurau pun, biarlah BERTEMPAT.

“Bersungguh kawan buka, ingat duit. Tapi hanya tisu jamban,” tulisnya di dalam video berkenaan.

Perakam video yang dipercayai tuan rumah itu turut menyatakan bahawa niat mereka untuk mengadakan majlis hanya sekadar untuk berkongsi rezeki dan mampu.

Dan mereka juga inshaa Allah tidak mengharapkan balasan apa-apa daripada tetamu yang hadir ke majlis mereka.

Nak bagi, mereka terima sahaja akan tetapi janganlah berbuat begini kerana ianya mampu menyakiti perasaan tuan rumah.

“Kita niat adakan apa apa majlis, atas sebab kita kongsi rezeki dan kita mampu. Insaallah kita tak harapkan apa-apa dari mereka.dia orang nak bagi kita terima. Tapi..jgn buat macam nii..TERGURIS hati tuan rumah,” katanya menerusi ruangan kapsyen video.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen ada yang berasa kecewa dengan tindakan individu tersebut.

Bagaimanapun, ada juga warganet yang menasihati tuan rumah agar bersangka baik sahaja kerana barangkali tetamu iitu tidak berkemampuan pada waktu itu tidak mahu salam dengan tangan kosong sahaja.

Antara komen netizen:

“Arwah abah aku pon pernah dapat macam ni. Berbalik pd tujuan kita mengundang tetamu untuk apa. Adakah untuk menjamu tetamu atau mengharap pulangan.”

“bersangka baik jer awak,maybe dye xde duit waktu tu,nk salam kosong takut malu..maafkan dia ya”


Video TikTok yang tular:

@uncle_susu

Kita niat adakan apa apa majlis, atas sebab kita kongsi rezeki dan kita mampu. Insaallah kita tak harapkan apa-apa dari mereka.dia orang nak bagi kita terima. Tapi..jgn buat macam nii..TERGURIS hati tuan rumah.

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Continue Reading
Advertisement