Connect with us

Semasa

“Bukan anti hiburan tetapi cukuplah dengan apa yang kita ada” Menteri Agama Tidak Setuju Adakan Konsert Di Malaysia

Seperti yang kita tahu, tahun ini merupakan tahun yang ramai artis di dalam mahupun luar negara datang ke Malaysia untuk membuat konsert. Anak-anak muda terutamanya sudah pasti akan membeli tiket untuk berhibur.

Pun begitu, sudah ramai para pendakwah dan golongan bijak pandai yang memprotes konsert di negara ini dari segi hukum dan isu kewangan yang berlaku.

Malam Khamis lalu, telah berlangsungnya konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish di Stadium Bukit Jalil.  Ramai yang menunggu dari pagi dan sanggup berpanas untuk beratur dan masuk ke stadium demi konsert tersebut sehinggakan kejadian tolak menolak berlaku.

Walaupun konsertnya sudah lepas, ia tetap menjadi bualan hangat di media sosial. Tak kurang juga suara-suara daripada segelintir pihak yang mengecam dan tidak bersetuju dengan penganjuran konsert tersebut.

Menurut respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, beliau berpendapat bahawa konsert sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan lagi di negara ini.

“Sepatutnya konsert tidak perlu ada. Bukan anti hiburan tetapi cukuplah dengan apa yang kita ada.” katanya.

Beliau memberikan pandangan sebegitu kerana berasa konsert seperti itu akan mengundang pelbagai masalah sosial kepada semua rakyat.

Tambahnya, konsert tersebut tidak sesuai dianjurkan kerana ia dilihat tidak begitu sesuai dengan keadaan ekonomi yang melanda negara ketika ini.

“Kita baru saja mengalami pandemik dan Alhamdulilah, Allah tarik semula penyakit itu tetapi tiba-tiba kita buat macam ini, jadi amat malanglah.
“Dalam keadaan ekonomi yang teruk ini pun rasanya tidak sesuai sebab (penganjuran dan tiket) konsert itu kena bayar banyak.” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.