Heliza helmi merupakan selebriti Malaysia yang memang terkenal dengan ceritanya yang suka membuat kebajikan dan menyertai misi kemanusiaan.
Pengalaman menyertai misi kemanusian memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila berhadapan dengan pelbagai risiko terutama melibatkan nyawa.
Di dalam satu perkongsian di rancangan bual bicara di televisyen, Heliza menceritakan bagaimana keadaan mereka sewaktu berada di sana.
Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, dia mengakui peluang untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa adalah sangat tipis apabila setiap kali pergi membantu mangsa-mangsa di sana.
“Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.
“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar,” katanya.
Malah, Heliza yang aktif melibatkan diri membantu mangsa di Syria itu juga pernah berhadapan situasi cemas apabila selaras senapang berada di bawah dagu.
“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu.
“Saya berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai,” ujarnya.
Di sebalik pujian dan berderet peminat yang mengaguminya, terdapat suara-suara yang mempersoalkan doanya yang seolah-olah ‘sengaja’ pergi ke sana untuk mati.
Malah ada yang melabel Heliza sebagai syok sendiri dan acah-acah ustazah kerana ceritanya itu dikatakan tak masuk akal.
Walaubagaimanapun masih ramai yang membelanya dan mengatakan apa yang dilakukan oleh Heliza adalah perkara yang murni.
Semoga Heliza kekal sabar dengan dugaan dan sentiasa dilindungi Allah walau di mana berada.