Kenderaan sememangnya memudahkan kita untk bergerak ke sesuatau tempat namun seperti yang kita tahu, jalan raya sering sesak apatah lagi jika kita tinggal di bandar seperti di ibu negara Kuala Lumpur.
Sudah tentu untuk memandu dalam keadaan sesak ini sangat memenatkan dan mencabar mental serta fizikal. Manakan tidak, sudahlah penat dengan kerja seharian, ditambah pula dengan letih di atas jalan raya.
Terbaru, tular sebuah video ‘rare’ dimana memaparkan seorang wanita dijemput oleh suami dengan menaiki monorel.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang menungguketibaan suaminya yang ingin membawanya pulang.
Namun apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah, lelaki tersebut menjemput isterinya dengan menaiki monorel. Senang kerja, tidak perlu bersesak di atas jalan raya! Memang on another level betul lahh!
Difahamkan, lelaki tersebut tidaklah menyewa atau menempah seluruh monorel semata-mata untuk menjemput isterinya tapi suaminya itu memang berkerja sebagai konduktor pengangkutan awam.
Video yang tular di TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 166.2K tontonan, 19.3K tanda suka, 350 komen dan 204 perkongian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan ada jugayang menyakat pasangan suami isteri itu di ruangan komen.
“baiknya suami siap bagi perempuan lain tumpang sekali”
“rich family check”
“betul-betul level kayangan ni”
“berapa bayar bulanan ni? kalah limo rare sangat ni”
“sekali jalan..”
“cadang2 nak survey jugak beli satu mrt ni, senang nak balik raya nanti”
Kau ada suami? suami jemput naik monorel tak? tak? hmm lemahhhh! hehehe! apa-apa pun pasangan suami isteri ni tetap comel, semoga berbahagia hingga syurga!