Connect with us

Viral

Bukan Main ‘Practice’ Nak Minta Izin, Dengar Suara Isteri Terus Lupa Dialog, Siap Kena Pergi Beli Barang Dapur!

Sebagai seorang suami, pastinya kita sanggup melakukan apa sahaja buat isteri tercinta. Terkadang turut sahaja kehendaknya bukan sebab ‘takut bini’ tapi sebab kita tahu pengorbanan dia lebih besar dan dia layak dilayan seperti itu.

Pun begitu, ada terkadang si suami perlukan masa dengan kawan-kawan dan part minta izin adalah salah satu part yang mendebarkan sehingga suami perlu practice bercakap banyakkali sebelum minta izin. Ada yang terkadang sampai susun ayat cantik-cantik supaya isteri tidak terasa hati.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana si suami yang berhajat untuk meminta isterinya masak makanan kegemarannya dan mahu keluar setelah menjamu selera mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @sujimy, kelihatan dia sedang berada di dalam kereta sedang menyusun ayat dan berulang kali practice sebelum menghubungi isterinya.

“moi, aku dah nak balik tau, aku nak makan lauk favourite aku, cepat2 tau lepastu aku nak keluar balik” katanya yang ketika itu masih belum menghubungi si isteri.

Namun apabila dia menghubungi isternya, apa yang di practice seolah-olah hilang daripada fikirannya apatah lagi bila nada isterinya seakan-akan tengah tak ada ‘mood’.

Apa yang lebih lucu adalah, sang isteri sempat memesan makanan seperti telur, susu, roti dan durian untuk dibawa pulang ke rumah dan memesan pada suami agar lebih pandai memilih barangan yang berkualiti serta sempat berseloroh mengatakan jangan menjatuhkan standard.

Dia yang pada ketika itu terus melupakan hasratnya yang ingin meminta isteri memasakkan lauk kegemaran dan mahu keluar selepas itu malah tak pasal-pasal dia perlu menghabiskan masanya untuk membeli barangan dapur.

“eh, kenapa jadi lain pula dialog? apa jadi dengan makanan favourite aku” katanya

Video yang tular di laman TikTok:

@sujimy Bila suami nak standby isteri.Uncle relate sangat dengan video @sarel206 , jadi uncle buat versi sendiri.@haslindaalilife @kedaisujimy.com #couplegoals #fyp ♬ original sound – sujimy

Ketika artikel ni ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M totonan, 114.3K tanda suka, 1989 komen dan2950 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat lelaki ini yang seakan terus ‘leupa ingatan’ apabila mendengar suara isterinya.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang terdiri daripada kalangan suami akui boleh ‘relate’ dengan video tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.