Connect with us

Semasa

“Bukan tak bersyukur, tapi..” Merungut Menu Makanan Percuma, Mahasiswa UM ‘Disekolahkan’ Netizen

Sebagai inisatif membantu pelajar-pelajar universiti yang terkandas dan tak dapat pulang ke rumah, kerajaan telah memberikan makanan percuma buat semua pelajar di IPT sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. Tetapi, adalah satu perkara yang biasa apabila terdapat segelintir golongan yang tidak berpuas hati dengan bantuan yang telah diberikan. Di Twitter, seorang mahasiswa Universiti Malaya meraih kecaman […]

Penguatkuasaan PKP di seluruh negara menyebabkan ada pelajar universiti yang terperangkap di kolej masing-masing.

Pihak kerajaan menerusi KPT telah membantu pelajar-pelajar universiti yang terkandas dan tak dapat pulang ke rumah dengan memberikan makanan percuma buat semua pelajar di IPT sepanjang tempoh PKP ini berjalan.

Menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia bukan hanya membabitkan pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA), malah swasta serta Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti serta Kolej Matrikulasi.

Katanya, bantuan yang diagihkan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM12 juta dengan cara agihan akan ditentukan oleh pihak IPT dan kolej masing-masing.

“Kita menyerahkan kepada pihak universiti dari segi agihan dan terserah pada universiti sama ada dia (pelajar) boleh beli guna kupon atau beli di gerai dan kafe, terserah kepada IPT.

“Kerajaan akan menanggung sepenuhnya makanan mereka ,”

Namun begitu, masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang disediakan untuk para pelajar.

Di dalam satu perkongsian di Twitter, seorang mahasiswa Universiti Malaya meraih kecaman ramai netizen apabila memuat naik gambar makanan yang diterima dengan meletakkan kata-kata yang menimbulkan rasa tidak senang orang ramai.

“Ini contoh makanan PKP untuk mahasiswa Universiti Malaya yang duduk kat kolej kediaman ya.

“Bukan tak bersyukur, tapi tu lah…”

Pengguna akaun Twitter tersebut memuat naik status bersama-sama gambar makanan yang seperti nasi campur ayam goreng dan juga nasi goreng bersama telur mata.

Perbuatannya itu menimbulkan amarah kepada netizen yang menyifatkannya sebagai tidak bersyukur.

Malah, seorang penghantar bantuan makanan menyatakan amat terasa hati dengan rungutan yang telah dibuat oleh salah seorang mahasiswa UM tersebut.

Rata-rata netizen mengecam keluhan mahasiswa tersebut yang disifatkan tidak tahu bersyukur di saat negara menerima ujian yang besar ini.

“Ni mesti jenis family makan mahal2 je ni”

“Geram tengok post budak um tak reti bersyukur”


“Kalau hari2 biasa pun student kebanyakan makan lauk macam tu jugak”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.