Benar kata orang, perginya ayah ibarat kehilangan dapur. Tapi perginya mak, ibarat kehilangan satu rumah.
Manakan tidak, pada ketika itu tiada lagi bebelan seorang ibu, tiada lagi belaian manja, insan yang memastikan keluarga dalam keadaan baik dan yang pasti, tiada lagi masakan dari air tangan ibu.
Namun siapalah kita sebagai hamba hendak menyalahkan apatah lagi tidak menerima takdir yang telah tertulis bukan? Akhirnya, yang ada cuma kenangan sahaja.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda sebak ketika menjamah lauk yang telah dimasak oleh ibunya sebelum pergi buat selama-lamanya buat ramai tersentuh.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @1million.story, ibunya seakan tahu kekehidupan bakal berakhir, dia meninggalkan banyak hidangan dalam freezer untuk ahli keluarga yang lain.
“Bukan tak redha tapi rindu, masih dalam fasa terkejut mama meninggal tiba-tiba.. Al-fatihah untuk mama yang tercinta” ujarnya.
Dapat kita lihat, dia tidak meninggalkan walau sebutir nasi pun dan menghabiskan lauk yang diambil kerana lelaki ini tahu dia tidak akan merasa air tangan ibunya lagi selepas ini.
“mama macam tahu nak pergi & simpan banyak dalam freezer.. maafkan adik mama, adik tak sempat minta ampun detik akhir.. sedar2 mama dah tak bernyawa.. sampai harini hati adik masih pilu..”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sedih melihat lelaki tersebut yang menahan air mata ketika makan makanan itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga akui tiada makanan yang setanding dengan masakan dari air tangan seorang insan bergelar ibu.
Antara komen warga maya:
“Masakan mak2 ni takde tandingan.. walaupun telur dadar je.. bertambah2 makan..”
“Saya sempat makan masakan terakhir arwah.. penuh linangan air mata dalam lauk tu..”
“Memang sedih sangat kehilangan orang yang paling kita sayang..”
“Sama la bang mak saya pun pergi mengejut.. time makan masakan terakhir memang air mata aku tak berhenti.. kalau la boleh simpan lauk tu..”
Video yang tular di laman TikTok: