Nahas kecelakaan jalan raya yang membabitkan penyerang JDT, Syafiq Ahmad pada Ahad lalu di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap.
Seperti yang diketahui umum, nahas terbabit telah mengorbankan bayi yang berusia 22 hari dan ibu mentua Syafiq Ahmad serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Ayah sangkal Syafiq Ahmad terlelap
Sebelum ini, pihak polis melaporkan punca kemalangan adalah disebabkan dia ‘terlelap’ ketika memandu.
Namun, perkara tersebut disangkal oleh ayahnya sendiri Ahmad Ibrahim ketika ditemu ramah media.
Adik nafi Syafiq Ahmad terlelap
Malah, adik kepada Syafiq Ahmad, Fadhliz turut menafikan perkara tersebut dan tampil memberikan respon menerusi Instastory di plaftom Instagramnya.
Menerusi posting di IG Story, dia menyatakan atlet berusia 25 tahun itu malah dalam keadaan segar dan sempat berborak dengan kakak iparnya.
Kelibat satu objek hitam panjang melintang di atas jalan
Sebelum terbabas, Fadhliz memberitahu isteri Syafiq telah terlihat kelibat satu ‘objek hitam panjang melintang’ di atas jalan sebelum cuba dielak oleh Syafiq.
Menurut Fadhliz, abangnya ketika itu sama sekali tidak mengantuk dan berkhayal. Ketika kejadian, Syafiq cuba mengelak satu objek di atas jalan dan dia ketika itu sedang bersembang dengan isterinya.
Pengguna lain turut menceritakan benda yang hampir sama
Tidak berakhir di situ, Fadhliz turut berkongsi satu tweet yang menyatakan terdapat pengguna lain turut menceritakan benda yang hampir sama iaitu melihat sesuatu di lebuh raya tersebut.
Lelaki tersebut juga telah membuat laporan kepada pihak PLUS susulan melihat objek tersebut.
Tiada sebarang laporan polis dibuat daripada mereka sekeluarga
Tambahan pula, Fadhliz turut ‘pelik’ dengan kenyataan daripada pihak media sedangkan sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang dibuat daripada mereka sekeluarga.
Tidak berakhir di situ, dia turut menyangkal laporan media yang menyatakan anak saudaranya Aaira, mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak.
Aira selamat dan tidak mempunyai sebarang luka
Sebenarnya, Aaira selamat dan tidak mempunyai seberang luka akibat kemalangan dan memberitahu Aaira Nur Saffiyya kini dalam keadaan sihat.
Difahamkan, menerusi keputusan MRI Aaira tidak menunjukkan anak buahnya itu mengalami sebarang kecederaan dalaman yang didakwa media sebelum ini.
Terdahulu, Syafiq memandu dari Johor Bahru menuju ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah.
Turut terkorban adalah ibu mertuanya
Kejadian yang berlaku kira-kira empat pagi itu telah mengorbankan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.
Salam takziah kepada keluarga ini, semoga mereka sekeluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menjalani ujian getir ini.