Connect with us

Viral

“Bahasa Cina tahap tinggi” Gelagat Rider Grab Melayu Cuba Cakap Cina Ini Buat Netizen Berdekah

Malaysia terdiri dengan pelbagai jenis bangsa, agama, kaum, adat dan tidak hairan lah jika terdapat pelbagai bahasa dan loghat yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian.

Malah ada juga diantara kita yang fasih bertutur lebih daripada satu bahasa seperti mandarin, tamil dan banyak lagi bagi memudahkan kita untuk senang bersembang dengang bangsa yang lain. Unik bukan negara kita?

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu Grab Melayu cuba untuk bercakap Cina telah mengundang tawa ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @pakwerangers405, kelihatan dia sedang rancak melepak di salah sebuah bengkel bersama seorang kawannya yang berbangsa Cina.

Dalam pada menunggu motornya selesai dicuci, Grab berkenaan cuba untuk bertutur dalam bahasa Mandarin dengan kawan di sebelahnya itu.

Namun apa yang membuatkan orang ramai berdekah adalah lelaki Cina itu sendiri tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu dan hanya mampu pasrah sahaja mendengar lelaki itu berbual dalam bahasa Cina.

Bukan itu sahaja, menerusi video lain, dia juga kelihatan pandai dalam melakukan ‘magic’ sehingga ramai yang ‘terpedaya’ dengan magic nya yang sangat hebat.

Video yang tular di laman TikTok:

@pakwerangers405 bila aku cakap bahasa cina….org cina sendiri x faham apa aku cakap…#kuchingtiktok #fypシ #tiktoksarawak #fyp ♬ bunyi asal – pakwerangers405

@pakwerangers405 magic seram….#tiktoksarawak #fypシ #fyp #kuchingtiktok ♬ bunyi asal – pakwerangers405

Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersebut telah meraih 801.7K tontonan, 75K tanda suka, 3077 komen dan 2779 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizn terhibur dengan lagaknya yang bercakap Cina namun tiada satu pun yang boleh difahami oleh rakan Cinanya itu.

“Aku geram gelak dia, bunyi apek kaya. Hahaha ni standard maharaja yang dulu-dulu punya bercakap. Janji ada bunyi Cina” – Warganet

Malah dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang terdiri daripada bangsa cina mengakui tidak memahami apa yang disampaikan oleh lelaki tersebut malah sanggup ulang video tersbeut selama 12 kali semata-mata untukmemahaminya namun masih tidak dapat.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.