Ibu merupakan insan yang sangat hebat bahkan dia akan melakukan apa sahaja untuk melihat anaknya membesar dengan baik walaupun ada ibu yang dilahirkan kelainan upaya.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini menceritakan tentang ibunya yang kelainan upaya namun mampu melakukan apa sahaja mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @s.hjrrzk97, difahamkan dia sebak menceritakan tentang ibunya yang buta peenglihatan namun masih lagi mampu membuat pelbagai kerja rumah termasuklah memasak malah ibunya juga tidak pernah melihat rupa bentuk anaknya sendiri.
Memetik laporan mStar, suri rumah berusia 25 tahun itu, ibunya mengakui pernah berasa sedih sehingga hilang selera makan dan hampir kemurungan.
Sebelum disahkan buta sepenuhnya, ibunya bekerja di stesen minyak di Chemor, Perak dan ketika itu tinggal bersama abang sulung dan arwah bapanya.
“Mama (panggilan ibu) jadi macam ni disebabkan glaukoma dan semasa ‘dunia’ dia tiba-tiba gelap sekitar 1989, usianya baru 28 tahun.
“Ketika itu mama tengah goreng telur dan dia rasa tak nampak apa-apa, terus panggil abang sulung untuk tengok dalam mata mama kalau ada bendasing… tapi malangnya memang tiada apa-apa.”
“Disebabkan itu, mama ambil keputusan untuk balik kampung di Sungai Buaya, Nibong Tebal di Pulau Pinang dan tinggal bersama mak tok (nenek).
“Dia cakap lebih mudah kerana sudah ‘hafal’ keadaan sekitar rumah berkenaan kerana membesar di situ… masa ni, mama boleh bergerak sendiri.”
“Masa tu mama tidak boleh terima kerana ia terjadi secara tiba-tiba, tapi lama-kelamaan reda dengan nasib yang menimpa dan menganggapnya sebagai ujian daripada Allah.”
“Selepas menerima keadaan diri, mama dan abah berpindah ke rumah sewa. Menyewa di situ selama kira-kira 12 tahun sebelum abah membina rumah sendiri dan ia dibuat mengikut perancangan mama supaya dapat memudahkan pergerakannya dalam rumah,” ujarnya
Pun begitu, menurut Siti Hajar, ibu berupaya membuat kerja-kerja rumah dengan teliti terutama memasak.
Malah katanya, peralatan elektrik juga boleh digunakan ibu tunggal itu seperti biasa seperti menggosok baju.
“Walaupun hilang penglihatan, mama sangat cekap membuat kerja rumah. Hari-hari sapu sampah, kain buruk tu memang sedia ada atas bahu dia… ikan pun boleh disiang dan dibasuh bersih.
“Siap boleh tahu kalau keadaan rumah kotor dan pastinya mama akan bising. Tambahan pula dekat nak raya ni, mamalah orang yang paling sibuk.
“Baginya terkena periuk dan kuali panas adalah perkara biasa seperti ‘bermain’. Sepanjang menjalani kehidupan ‘baharu’, mama tak pernah pakai baju terbalik,” ujarnya sambil menambah kuali dan periuk yang dibasuh ibunya lebih berkilat berbanding orang celik.
Katanya lagi, ibunya yang berpewatakan periang dan sukar untuk susah hati membuatkan dirinya reda dengan takdir.
“dia mama yang hebat, dari aku and abang no2 dilahirkan sampai sekarang mama belum pernah tengok muka aku dan abang no2”
“mama aku tak macam orang lain.. mama aku OKU (orang kelainan upaya) mata dia tak nampak langsung, kadang bawa dia pi mana-mana orang kata dia sombong sebab tak balas senyum orang.. sorry hampa..” ujarnya.
Meninjau sebuah lagi video lain, dia juga hairan bagaimana ibunya dapat membesarkannya walaupun tanpa dapat melihat malah dia juga meminta ibunya untuk memakaikan baju buat anak kecilnya.
“Mama aku seorang oku penglihatan..aku cakap dekat mama, maa..dulu mama jaga adik pun mata tak nampak kan?ma try buh (pakaikan) baju dekat anak adik boleh tak? ujarnya.
“Tengah dok edit ayaq mata laju mcm hujan lebat. tak boleh lah kalau bab mama ni” tulisnya agi di ruangan kapsyen.
Video yang tular di laman TikTo:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 95.1K tontonan, 8406 tanda suka, 552 komen dan 140 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan ibunya yang snetiasa mengambil perkara tersebut dari sudut yang positif malah para netizen juga mendoakan kesihatan ibunya agar dipanjangkan umur serta sihat tubuh badan.
Berikut merupakan komen warga maya:
“im crying..”
“begitu besar pengorbanan ibu kita”
“biar pun tak nampak mampu buat macam kita yang normal ni..”