Seorang pendakwah terkenal direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes cabul dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki pada Selasa lalu, lapor Berita Harian.
Kenyataan kes mengenai pendakwah yang berusia 32 tahun itu telah dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Faezah Abdullah di Mahkamah Majistret di Kota Bharu.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, suspek mengadu sakit badan sebelum mencabul remaja lelaki yang berusia 13 tahun berkenaan pada pukul 8 pagi di sebuah rumah di Tanah Merah.
Lebih mengejutkan lagi apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini ketika mereka berada di dalam bilik sehingga mangsa terkejut dan bertindak untuk memberi alasan untuk pergi ke bilik air.
Perintah reman sehingga Rabu depan dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Faezah Abdullah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi di rumahnya di Machang.
Katanya, suspek yang merupakan mudir madrasah atau pondok dan penceramah bebas.
“Berdasarkan laporan, suspek dipercayai mencabul dan melakukan amang seksual terhadapnya di sebuah rumah di Tanah Merah kira-kira pukul 8 pagi Selasa lalu.
“Mangsa dipercayai telah diminta mengurut badan suspek di ruang tamu rumah sebelum mengajak remaja berkenaan masuk ke dalam bilik kerana bimbang orang lain melihat perbuatan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Shafien, ketika berada dalam bilik, suspek dipercayai melakukan amang seksual terhadap remaja tersebut.
Mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu telah meminta diri untuk ke bilik air sebelum suspek turut keluar dari bilik berkenaan.
Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Machang pukul 1 pagi tadi dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan.
Suspek kini ditahan reman selama enam hari dan telah disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu, pendakwah bebas ini pernah didakwa atas 12 petuduhan dan kesemua mangsa adalah lelaki yang terdiri daripada pelajar, bekas pelajar di pondoknya dah serta seorang ahli perniagaan.