Dalam perniagaan sudah tentu mempunyai fasa naik dan jatuh malah peniaga perlu sediakan mental yang sangat kuat untuk berdepan dengan saat-saat sukar.
Selain perlu memikirkan soal modal, tempat yang strategik dan juga marketing, majikan juga perlu mencari pekerja yang jujur, amanah dan berdedikasi.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga roti canai mendedahkan pekerjanya melakukan hal yang tidak disangka-sangka sehingga mengalami kerugian dalam pengeluaran modal.
Difahamkan, dia mengambil pekerja kerana sememangnya ingin menolong orang yang tiada pekerjaan namun lain pula yang berlaku.
“Tak sangka kena scam! Dapat berniaga sehari je. Niat aku nak tolong orang je. Dah cakap nak kerja, laki bini buat hal. Penebar roti canai buat hal, aku tunggu pagi tadi tak datang pun. Dia cakap motor buat hal, aku boleh terima lagi.”
“Tunggu punya tunggu, tak datang jugak. Call tak angkat, ws tak balas. Banner ni pun baru petang semalam aku pasang. Modal beribu habis beli barang-barang. Tak apalah, mungkin ini ujian Allah SWT.”
“Selamat tinggal banner roti canai. Terpaksa cari penebar lain atau cari tukang masak lain, aku reda. Mula-mula nak sangat kerja, last-last bayang pun tak ada,” tulisnya
Menerusi video tersebut, dapat juga kita lihat banner roti canai yang dipasang di kedai terpaksa diturunkan semula oleh kerana pekerja yang diam membisu tidak memberi perkhabaran.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan nasib peniaga tersebut malah berharap agar lelaki ini terus sabar dan tidak putus asa dalam mencari rezeki.
Bukan itu sahaja, netizen juga akui ada segelintir pekerja yang sambil lewa dalam melakukan pekerjaan dan akhirnya menyusahkan ramai pihak.
Antara komen warga maya:
“Sabar je bang.. kalau pakai pekerja memang macam tu laaa”
“Kita serupa beribu habis pekerja tak datang”
Video yang tular di laman TikTok: