Connect with us

Viral

Campak Duit Dan Merokok Masa Majlis, Tema ‘Mafia’ Acah Gangster Ini Undang Kecaman Netizen

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya akan mencipta satu tema untuk hari persandingan mereka, sama ada tema formal, tema kebudayaan malah ada juga tema kartun.

Tidak kiralah tema bagaimana sekali pun yang penting ianya perlu kelihatan sopan dan tidak menjatuhkan maruah sesiapa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana tema perkahwinan yang agak ‘unik’ ini menerima kritikan banyak pihak kerana dikatakan tidak sesuai digunakan di hari bahagia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @elvira0197 di laman Twitter, dapat kita lihat pasangan pengantin tersebut berada di atas pelamin semasa majlis persandingan mereka berlangsung.

Pun begitu, apa yang mengejutkan orang ramai adalah pengantin lelaki mencampakkan duit mas kahwin yang bernilai 100 juta Rupiah itu di hadapan pengantin perempuan.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut juga sempat merokok semasa berarak ke pelamin dengan keadaan bajunya yang tidak dibutang serta pakaian yang tidak kemas.


Difahamkan, segala yang dilakukan itu hanyalah untuk membuat gaya sebagai seorang mafia pada majlis perkahwinannya.

Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen akui kurang senang dengan tindakan lelaki tersebut yang dilihat sangat biadap apatah lagi di majlis perkahwinannya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan tema tersebut nyata tidak wajar walaupun ianya hanya ‘konsep’ dan ‘tema’ semata-mata.

Dalam masa yang sama netizen juga berang dengan tindakan lelaki tersebut yang dikatakan seperti merendah-rendahkan maruah si isteri apabila dia mencampakkan duit mas kahwin begitu sahaja.

Netizen juga berharap agar apa yang dilakukan di dalam video tersebut bukanlah perangai sebenar lelaki ini malah mereka sempat berseloroh mengatakan Mafia yang sebenar pun berkelakuan dan berpakaian sopan di hari bahagia mereka.

Antara komen warga maya:


Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.