Connect with us

Viral

“Cane nak angkat ni yang? Takut” Momen Suami First Time Timang Bayi Sendiri Buat Ramai Tersentuh

Menimang cahaya mata pertama memang momen yang sangat istimewa buat para pasangan suami isteri. Disulam dengan rasa teruja yang susah untuk digambarkan.

Iospital phone repair gombak

Buat ibu yang baru sahaja melahirkan, perasaan penat dan lelah hilang sejenak selepas melihat wajah bayi yang selamat mereka lahirkan. Lebih-lebih lagi ditemani oleh suami tercinta.

Sama seperti situasi yang dihadapi oleh pasangan suami isteri ini ketika menimang anak mereka yang pertama, membuatkan warganet tersentuh menyaksikan detik indah itu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @robycooks, dia sempat merakam suaminya yang baru berkesemapatan menjenguknya selepas selesai bersalin.

Apa yang mencuri perhatian ramai, suaminya dilihat kekok ketika ingin menggendong anak perempuan mereka yang diberi nama Zehra. Malah dia sempat bertanya kepada wanita ini cara untuk mengangkat bayi dengan betul gara-gara gementar.

Bagaimanapun, suaminya yang dalam mood teruja itu berjaya menggendong puteri sulung mereka di dalam wad di mana wanita ini ditempatkan.

Walaupun tak sampai seminggu lagi video ini dikongsikan, ianya berjaya meraih tontonan sehingga 374.3 ribu dan mendapat 32 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, selain mengucapkan tahniah, dapat dilihat ramai kaum ibu yang boleh relate dengan situasi selepas bersalin.

Malah membuatkan perempuan yang masih bujang turut ingin merasakan suasana melihat suami tersayang mengangkat dan mengazankan bayi yang bakal mereka lahirkan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“insyaAllah sya jgk akn merasa saat ni. nk sgt bg husband rasa moment ni. taon ni xdpt moga taon depan hendaknye”

“part iqamat atau azan anak mesti kite berair sekali mata 😂 .”


“ya allah teringin nk pegang baby sendiri🥺”

“bestnya..rindu moment ni..”

“hehe..mgigil tgn ye..”

“Sama la tangan aku pon gigil first² angkat, but that is a beautiful experience for every dad”

Video yang tular di laman TikTok

@robycooksTime ni bersalin, suami tak boleh teman. Tu suara penat semacam je 😌♬ suara asli – Penyair Emosian

Continue Reading
Advertisement