Pelakon Nonny Nadhirah mendapat perhatian para peminatnya apabila beliau memuatnaik sekeping gambar di laman instagramnya.
Nonny baru saja pulang dari menunaikan ibadah Umrah dan memuaatnaik gambarnya bersama Heliza Helmi dengan imej bertudung.
Fotonya itu sehingga kini telah menerima lebih 10 ribu likes daripada para peminatnya di Instagram.
Tulis beliau pada kapsyen gambar:
“Selamat menyambut ulangtahun Ija, Ku doakan mu sentiasa diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan,diberikan rezeki yg melimpah ruah,semoga menjadi anak yg lebih baik/solehah,mendapat jodoh yg terbaik buat dirimu,semoga terus menjadi pendengar setia,juga menjadi cikgu kepada kami,dan tariklah kami utk masuk ke syurga bersama2 dgnmu,sentiasa dilindungi,dirahmati,apa juga yg mu buat sentiasa mendapat redha Allah,dan bahagia dunia dan akhirat insyaallah!!
“Dan semoga persahabatan kita @nurhelizahelmi @mila_jirin akan membawa kita lebih dekat dgn Allah dan sampai ke syurga insyaallah… amin!!!!
“Lillahi Ta’ala aku syg mereka. sahabat dunia akhirat.”
Rata-rata peminat memuji Nonny dan mendoakannya supaya istiqamah serta sabar dengan ujian yang bakal dilalui.
Bagi yang tidak mengenalinya, Nonny Nadirah adalh bekas pelajar Akademi Fantasia 5 pada tahun 2017.
Nonny kemudiannya aktif di dalam bidang lakonan tempatan terutamanya di dalam drama telvisyen.
Malah, Nonny juga telah membintangi beberapa filem seperti Malay Regiment dan XX Ray 3 yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.
Sebelum ini Nonny pernah diganggu sakit misteri dimana sepanjang sakit dia tidak boleh bangun, makan dan minum hingga dimasukkan ke hospital.
Katanya, dua tahun lalu dia mengalami perkara sama apabila secara tiba-tiba pengsan di lokasi penggambaran.
“Selepas lebih setahun, penyakit sama datang balik. Apa saya perasan, setiap kali mula bekerja ‘benda’ ini mengganggu saya. Cuma kali ini agak lama hingga menyusahkan banyak pihak.
“Hasil pemeriksaan doktor saya tak sakit apa-apa. Jadi, saya reda saja dan sentiasa berfikiran positif meskipun pelbagai dugaan menimpa.
“Mungkin orang itu nak buat saya hilang kerjaya atau nak saya mati,” katanya yang dibenar keluar hospital, semalam.
Nonny yang berkahwin pada Mac 2018 berkata, disebabkan sakit misteri itu dia banyak menyendiri dan kurang bergaul dengan orang dalam industri.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Allah lebih mengetahui dan menghendaki segalanya. Setiap kali sakit, mak selalu pesan supaya reda dan sentiasa tawakal. Paling penting jangan tinggal solat.
“Disebabkan penyakit ini, saya kurang bergaul dengan orang dalam industri dan lebih banyak buat hal sendiri. Sedangkan sebelum ini orang kenal saya seorang yang mesra.
“Apa pun, saya hanya mampu berdoa. Biarlah perbuatan orang itu dapat pembalasan setimpal daripada Allah,” katanya.
Nonny yang kini terbabit dalam penggambaran drama Cekelat Honey akan kembali ke lokasi penggambaran esok.
“Saya nak minta maaf kepada seluruh kru produksi dan pelakon yang terbabit dalam drama ini.
“Saya menyusahkan semua orang kerana tak dapat hadirkan diri untuk penggambaran,” katanya