Connect with us

Selebriti

“Cantik dan Bijak” 5 Selebriti Ini Buktikan Cantik dan Berpelajaran, Bukan Calang-calang Jurusan Yang Diambil

Memiliki segulung ijazah pastinya menjadi impian setiap orang tidak kira apa jenis pekerjaan yang dilakukan

Begitu juga dengan golongan selebriti seperti pelakon dan juga penyanyi. Ramai artis yang sudah popular dan mempunyai pendapatan tetap masih gigih belajar untuk mencapai cita-cita berjaya di dalam pelajaran.

Mari kita lihat 5 orang selebriti yang cantik dan juga mempunyai kelulusan di dalam pelajaran.

Mawar Rashid

Bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini telah membuktikan bahawa usaha adalah segala-galanya pada hari ini.

Walaupun Mawar sekarang yang sudah bergelar isteri serta ibu yang sarat mengandung 8 bulan, Mawar tidak menjadikan itu alasan untuk tidak memiliki segulung ijazah.

Tahniah buat Mawar Rashid yang kini merupakan graduan Management & Science University (MSU) dan semoga berjaya dalam apa jua yang dilakukan.

Juliana Evans

Sanggup mengorbankan kariernya semata-mata mahu menyambung pengajian, Juliana bagaikan memberi inspirasi kepada para peminatnya yang amat kagum dengan kegigihan gadis kacukan itu.

Lebih menarik lagi, walaupun mengambil masa selama 6 tahun untuk menamatkan pengajian, Juliana menyatakan bahawa dia tidak pernah putus asa untuk bangkit daripada kegagalannya.

Juliana Evans telah menamatkan program ijazahnya dalam jurusan Filem, Video dan Pengajian Media di Western Michigan University.

“Most people might not know how much this means to me. It took me 6 years to complete my degree. It wasn’t easy working & studying at the same time when I was in Msia, just so I can pay for my studies here. Definitely the biggest & longest challenge of my life. I failed so many times, but I never gave up. I just kept on going.

I made TONS of mistakes, bt I learned from each of them. Bcz I have a vision in my life, n only I can make it come true. I sacrificed everything for my dreams, including my career. Education is important to me. And throughout the years it made me a new & better person. I regret nothing.”

Mira Filzah

Mira Filzah telah menerima segulung ijazah selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mira nyata bersyukur apabila penat lelah sepanjang pengajian akhirnya berbayar dan kini memegang ijazah sarjana muda dengan kepujian.

“Saya berterima kasih kepada semua, terutama ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi dorongan sepanjang pengajian. Juga buat pensyarah dan rakan sekuliah yang bekerjasama sehingga saya dapat melengkapkan pengajian di UiTM,” katanya yang menerima ijazah pada Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-84.

Najwa Latiff

Bermula September tahun lalu, Najwa memilih untuk meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana (Master) di Universiti Malaya (UM) walaupun dia pada mulanya ingin memilih United Kingdom.


“Saya batalkan hasrat untuk ke UK kerana memikirkan keluarga. Ibu seperti tidak sedap hati untuk melepaskan saya ke sana tambahan pula ia adalah kali pertama saya bakal ke tempat jauh dari keluarga.

“Saya tidak kisah di mana-mana saja, asalkan boleh belajar. Di UM, saya mengambil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TEaSL) pula.”

Wany Hasrita

Pada Ogos tahun lalu, Wany Hasrita telah berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan daripada Management & Science University (MSU), Shah Alam.

“Alhamdulillah saya sangat gembira kerana penat lelah selama 3 tahun terhasil juga. Cuma sedih sedikit kerana ayah tidak boleh berada di sini atas urusan kerja,” katanya.

“Sepanjang bergelar penyanyi, saya tak mempunyai masalah untuk pelajaran kerana segala bentuk persembahan dan promosi berlaku selepas tamat praktikal dan ujian.”

_____

Kalau mahu disenaraikan semua artis yang mempunyai pelajaran tertinggi pasti tidak akan habis.

Kesimpulannya, walau apa pun pekerjaan kita pendidikan janganlah kita lupakan kerana ianya penting dalam membentuk sahsiah dan cara pemikiran kita.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.