Selain YouTube, aplikasi TikTok juga merupakan platform yang sesuai untuk kaum hawa belajar tentang make-up. Pelbagai tutorial tersedia di sana yang mampu untuk meningkatkan keyakinan seseorang.
Macam-macam benda baru kita boleh belajar dekat TikTok. Jadi, tak ada alasan “tak pandai” atau “tak tahu” lah lepas ni. Janji effort kena ada.
Baru-baru ini, seorang influencer terkenal di TikTok telah mencuri perhatian ramai ketika membuat satu video sedang memakai celak tradisional.
Video yang dimuat naik oleh gadis dikenali sebagai Sofea Shra itu melihatkan dia sedang membuat tutorial cara bagaimana memakai celak orang arab.
Celak yang dia gunakan adalah celak Ithmid. Malah ianya sangat menarik kerana terisi dalam bekas kecil yang disertai dengan besi halus untuk digariskan di bawah mata.
Menurut Sofea, itu merupakan kali pertama dia mencuba memakai celak berkenaan. Bagaimanapun, cubaan pertamanya itu merisaukan orang ramai.
Saat dia mula menggosok besi kecil itu di antara kelopak mata untuk menghasilkan garisan di ‘water line‘ mata, semuanya terkejut.
Tambah influencer itu, celak itu sukar untuk digunakan tetapi masih mempunyai kebaikan tersendiri seperti dapat merawat masalah rabun. Selain itu, produk itu disarankan untuk digunakan sebelum tidur.
Dalam pada itu, dia menyatakan celak itu tidak menyakitkan tetapi cuma berasa agak gatal semasa menggunakannya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata menunjukkan rasa ‘seram’ selepas melihat aksi gadis itu mengaplikasikan celak di matanya kerana terlihat seolah-olah terkena pada bebola mata gadis berkenaan.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“weh kita pulak seriau nengok dia pakai tu😭”
“Ommmoooo rasa mcm tercucuk dalam mata Bila buat gitu. Seriauuu”
“Wehh tak terkena bijik mata keeee 😭😭😭”
“for eyesight maybe btol kot…sbb ms kecik2 dulu suka pkai khal ni. And I xde masalah rabun langsung smpai skrg.”
“takut la macam cucuk mata 😭😭 tapi menarik”
Video yang tular di laman TikTok