Connect with us

Selebriti

“Cantik tudung bawah dada..” Gaya Sopan Hannah Delisha Dipuji

Watak sebagai Amani di dalam drama Cinta Sekali Lagi telah berjaya menarik perhatian ramai terhadap Hannah Delisha yang kini sudah berhijab.

Malah, keberkesanan lakonannya itu mendorong segelintir warganet yang tidak suka akan watak Amani.

Seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini, pastinya ramai sudah mengetahui bahawa pada awal September lalu, pelakon berusia 24 tahun itu membuat keputusan untuk berhijab.

Terbaru, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu berkongsi beberapa keping gambar di sebuah majlis menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi muatnaik tersebut, Hannah kelihatan menawan mengenakan hijab bermotifkan bunga-bungaan yang dilabuhkan hingga menutupi bahagian dada bersama busana berwarna putih.

Perkongsian foto tersebut turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet memuji penampilan pelakon ini yang nampak sopan dan ayu.


Terdahulu, penangan daripada watak Amani yang dibawa dalam drama bersiri Cinta Sekali Lagi, Hannah Delisha pernah menerima mesej daripada netizen yang memintanya membuka tudung.

Menurutnya, mesej itu diterima di Instagram daripada netizen yang juga penonton setia drama bersiri itu.

Ada yang menghantar mesej meminta saya tanggalkan tudung kerana watak Amani lakonan saya itu terlalu jahat,”

Hannah bagaimanapun menganggap komen-komen itu sebagai satu impak positif untuk karier lakonannya.

“Apabila saya terima komen daripada netizen, saya akan nilai semula dan bila ramai yang sakit hati dengan watak Amani, itu menunjukkan saya berjaya membawakannya dengan baik.

“Walaupun membawa watak itu satu tugas berat, namun saya cabar diri untuk membawa suatu kelainan buat penonton dan peminat,” katanya.

Biarpun sudah tamat tayangannya, impak drama Cinta Sekali Lagi masih lagi dirasakan terutamanya watak antagonis lakonan Hannah itu.

Selain Hannah, drama bersiri yang ditayangkan di TV3 itu juga dibarisi barisan pelakon hebat antaranya Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Raja Afiq.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.