Anak kedua kepada pelakon, Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa Dania baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 15 tahun.
Marissa Dania sejak kebelakangan ini menjadi perhatian netizen apabila ibu bapanya itu ada memuat naik momen bahagia menyambut ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-15 dengan bertemakan princess.
Marissa pernah tular sebelum ini dan menjadi bualan hangat netizen apabila ramai menyukai anak selebriti berkenaan yang memiliki wajah cantik selain dipuji kelihatan matang dari usia.
Melihat kejelitaan anak Norman Hakim ini juga membuatkan netizen meninggalkan pelbagai reaksi yang ada antaranya tidak percaya Marissa berusia 15 tahun dimana dia dilihat sangat cantik.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram, kelihatan keluarga besar Norman Hakim bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran puteri mereka dengan majlis yang cukup meriah.
“Happy sweet 15th Birthday Princess…”
Dalam pada masa yang sama, video yang ditonton ribuan kali itu turut membuatkan warganet senang dapat melihat kebahagian keluarga selebriti tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata berkesempatan memuji kecantikan anak Abby Abadi yang dikatakan cantik sepertinya.
“Cantiknya anak dara ni… seiras Bonda Abby, kulitnya ikot bonda betul gebu gebas”
“Cantik nya Dania… umurnya baru 15 ke, tak percaya muda lagi”
“Cantik sangat2 anak dara Abby dan Norman & Memey. Happy birthday moga jadi anak yang soleh”