Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan kepada seluruh isi rumah dan individu bujang secara one-off menerusi Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Rangsangan Ekonomi negara.
Ternyata perkara tersebut telah memberikan kelegaan pada rakyat dan buat pertama kalinya bantuan akan turut disalurkan bukan sahaja kepada kumpulan B40 tetapi meliputi kumpulan M40.
Jadi, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk membuat permohonan bantuan tersebut yang akan mula di buka mulai esok, 1 April.
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional ini akan dilakukan dalam 2 fasa iaitu pada bulan April dan Mei.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah menyemak kelayakan terlebih dahulu.
Bagi anda yang belum berdaftar, anda boleh membuat permohonan baru mulai 1 April 2020 menerusi laman sesawang rasmi LHDNM.
Untuk pengetahuan anda juga, permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Kaedah pembayaran untuk Bantuan Prihatin Nasional adalah seperti berikut:
Bantuan Prihatin Nasional B40:
Haruslah memiliki maklumat akaun dimana bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun. Jika status bayaran gagal atau anda tiada akaun bank, bayaran secara tunai akan dilakukan melalui Bank Simpanan Nasional.
Bantuan Prihatin Nasional M40:
Pembayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang dikemukakan.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Tempoh membuat semakan:
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan
2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Untuk lebih lanjut, anda boleh menyemak status di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon tertera ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000.