Connect with us

Semasa

Kerajaan Beri RM30 e-Tunai Rakyat Percuma, Ini Cara Dapatkan Wang Tersebut

Seperti yang kita ketahui dalam pembentangan Belanjawan 2020 yang lepas, pihak kerajaan telah mengumumkan mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e-wallet untuk setiap rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, mulai 8.00 pagi tadi (15 Januari 2020), semua rakyat malaysia yang layak untuk menebus boleh menuntut wang sebanyak RM30 itu daripada salah satu pengendali e-dompet terpilih.

Cara tebus e-tunai RM30

Bagi menebus wang tersebut, pertama sekali anda hendaklah memastikan bahawa anda layak.

Ini kerana insentif e-tunai ini khusus untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 sahaja.

Caranya mudah saja,

  1. Anda hanya perlu memasang aplikasi e-wallet seperti Grab, Boost, dan Touch ‘n Go.
  2. Register Akaun di aplikasi tersebut dengan memasukkan butiran diri anda.
  3. Sahkan akaun anda dengan memuatnaik foto Kad Pengenalan anda
  4. Akhir sekali, tebus RM30 dengan menekan butang Claim Now.

Kemudian anda perlu sahkan identiti dengan memuatnaik gambar Kad Pengenalan dan memasukkan butiran diri.

Pastikan anda membuat penebusan ini sebelum 9 Mac 2020 kerana ianya adalah merupakan tarikh akhir untuk memohon bagi mereka yang layak menebus wang percuma itu.

Perkara ini demikian adalah untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja.

Wang RM30 itu perlu dibelanjakan oleh penerima bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020 sahaja bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses digitalisasi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.