Connect with us

Selebriti

“Cari Sajat dulu,” Caprice Nafi Larikan Diri, Hairan Polis Minta Bantuan Interpol

“What is on the news today… bang bang bang” merupakan trademark yang acap kali digunakan oleh Caprice yang merupakan pelantun lagu Baby Sayang. Jadi, what is on the news today?

Sejak isu persilisihan faham dengan Ustaz Ebit Lew, nama Caprice semakin hangat diperkatakan warga netizen apabila terus menerus dihujani dengan kontroversi.

Terbaru, kecoh apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan memohon bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice selepas gagal mendapat maklum balas berhubung tarikh untuk merakam percakapan dia dan dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Biarpun begitu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan dia tidak melarikan diri dan dalam masa yang sama bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Caprice juga turut menjelaskan bahawa dia sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia jadi tidak sepatutnya timbul isu tersebut.

“Punya kecoh pagi-pagi bangun baca berita macam nak nampak kita ni tengah nyorok atau lari sedangkan kita santai saja kat sini jumpa Kedutaan Malaysia, Duta Palestine, dan sahabat-sahabat kita kat sini”

“Setiap kali Caprice ada buat progress pasal Palestine… ada saja halangan atau cerita baru. Sumpah Caprice penat.”

Pada masa sama, Caprice yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan ini juga berasa hairan mengapa pihak polis terpaksa menggunakan bantuan Interpol untuk menjejakinya sedangkan dia aktif di aplikasi WhatsApp.

“Caprice pelik dengan kenyataan polis nak minta tolong Interpol sebab tak dapat hubungi Caprice. Sedangkan ramai saja WhatsApp kita hari-hari siap ada yang minta cenderamata lagi”

Caprice turut mendedahkan nombor telefon miliknya agar pihak berkuasa dapat menghubunginya.

“Orang kata ade pihak cari kita? Amman to Ramallah. Sape2 tengah cari… polis ke.. interpol ke.. mak mertua ke.. zizan untuk keychain firaun ke.. boleh je whatsapp caprice +60169019035 num ni ade dekat bio IG.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tiba di Mesir untuk bergabung dengan 16 anggota misi HM4P diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Misi HM4P anjuran BKUM berjalan selama dua minggu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza.

Sehingga kini, difahamkan bahawa Caprice masih lagi berada di Mesir bagi menjalankan misi di Gaza yang masih belum ditunaikan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.