Anak-anak kecil yang sedang membesar sering mencuri perhatian ramai oleh kerana kecomelan dan keletah mereka.
Sesetengah daripada kita juga pasti akan memerhatikan gelagat anak-anak kecil yang dibawa keluar oleh penjaga mereka sama ada di pusat membeli belah ataupun sebaliknya.
Orang kata, umur-umur beginilah yang seronok untuk dilayan. Ibu bapa yang sudah memiliki cahaya mata pasti faham akan keadaan ini.
Beberapa hari lepas tular aksi seorang budak perempuan gigih mencari ibunya yang ‘terperangkap’ di dalam cermin.
Situasi lucu yang berlaku dalam sebuah kedai pakaian di pusat beli belah itu sempat dirakam oleh ibu kepada budak tersbut, Ezzatul Syahira.
Situasi menjadi bertambah kelakar apabila budak bernama Aisyah itu cuba mencari dimana ibunya namun gagal ditemui.
Bahkan dia siap membuat cubaan untuk masuk ke dalam cermin demi mencari ibunya!
Mana tak hairan dibuatnya, di dalam cermin dia nampak ibunya, tapi bila dia toleh ke sebelah, ibunya tiada. Suami Ezzatul turut ikut isterinya menyakat anak kecil mereka!
Walau bagaimanapun, tak lama selepas itu Aisyah berjaya mendapatkan ibunya yang dari tadi cuma berdiri beberapa langkah belakang darinya.
Setakat ini, video yang dikongsi berjaya mencuit hati ramai dengan kecomelan budak perempuan itu sehingga tular dengan 71.3 ribu tontonan dan 12.2 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geli hati melihat gelagat Aisyah. Netizen turut memuji kecomelan Aisyah yang terpinga-pinga mencari ibunya.
Berikut merupakan komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Dia nk masuk dlm cermin .. jngn dik .. nnti masuk dlm hikayat putra syazlan 😂”
“olooo comeiii dia nk msuk dlm cerminn ….😁🥰”
“Comel je .. dah cari akai nk masuk cermin da tu last baru perasan ibu kat blkg😂🥰”
“alolo…kompius kejab dia 😂”
“Comey nya adikkk 🥰”