Pasti ramai diantara kita gemar untuk menonton wayang bukan? Asal ada cerita baru, pasti ‘excited’ untuk tonton bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.
Namun perasan atau tidak ada beberapa harga makanan dan minuman di panggung wayang yang dikatakan agak mahal dan tidak masuk akal.
Seperti isu yang tular baru-baru ini, Sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen semalam, atas kesalahan mencatut mencuri perhatian ramai.
Norena Jaafar yang juga Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato.
Dikatakan, sebotol air mineral 600 ml dijual pada harga RM3.30 dan keropok Mister Potato pada harga RM5 kepada pelanggan mereka.
GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.
“Hakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan. “
“Setelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Melaporkan lanjut, GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir.
“Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi, Keh Shu Min dan dibantu oleh Pegawai Pendakwa Sallim Wahid, manakala tertuduh diwakili peguam Joshua Teoh Beni Chris dan Desmond Liew Zhi Hong,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak berpuas hati jika GSC di Dataran Pahlawan sahaja yang dikenakan tindakan oleh KPDNHEP.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Twitter: