Berkongsi rezeki sesama insan adalah satu perkara yang sangat mulia apatah lagi di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Seperti yang kita sering lihat, pelbagai juadah makanan yang dijual semasa bulan puasa yang membuatkan kita rambang mata untuk berbuka dengan makanan yang mana satu.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita sanggup pusing semula untuk membeli cendol kerana melihat minuman itu masih panuh satu balang mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @maizuramohamadtmc, pada awalnya dia berhasrat untuk membeli murtabak tapi murtabak telah pun habis terjual.
Tiba-tiba dia terlihat air cendol yang masih penuh satu balang walhal ketika itu jam sudah menunjukkan lagi 11 minit untuk berbuka puasa dan dia yang lebih mesra disapa Mai meminta suaminya untuk pusing semula.
“Nak pergi beli murtabak, tapi murtabak habis, masa nak balik rumah tengok air cendol penuh balang lagi..Mai minta suami pusing balik.. 7:10 pm, lagi 11 minit nak berbuka puasa.. Air cendol makcik ni penuh lagi satu balang..”
“Sayu tengok wajah mak cik dan pak cik ni..mungkin orang lain dah habis jualan tapi makcik dan pakcik ni masih menunggu walaupun masa dekat sangat dengan waktu berbuka..”
Makcik dan Pakcik tersebut juga sempat sedekahkan lagi satu air cendol buat wanita ini.
“Tengok.. baiknya makcik ni siap bagi lebih 1 kat Mai.. Moga murah rezeki pakcik dan makcik ya..” ujarnya lagi
Menerusi sebuah lagi video lain, kelihatan ramai yang datang ke gerai cendol makcik dan pakcik ini sehingga ada yang beratur susulan video tersebut viral.
Dapat kita lihat, yang dulunya cuma satu balang kini sudah menjadi dua balang cendol, kuasa viral rakyat Malaysia nyata memberi rezeki kepada Pak Cik dan Mak Cik ini.
“Alhamdulillah, pakcik & makcik cendol kata 10x ganda orang datang beli. Dorang ucap terima kasih kat korang semua yang support” ujarnya di ruangan kapsyen.
Video yang tular di laman TikTok:
Antara komen warga maya: