Connect with us

Viral

Cikgu Turun Padang Siap Bawa Family Tolong Hias Kelas & Cat Meja Comot, Mahu Murid Semangat Datang Ke Sekolah

Esok, bermulalah sesi persekolah baharu untuk tahun 2023. Ramai kita lihat ibu bapa sedang sibuk membuat persiapan back to school buat anak-anak mereka.

Iospital phone repair gombak

Selain ibu bapa, tanpa kita ketahui para guru juga sibuk menghias serta membaik pulih keadaan kelas demi keselesaan murid-murid ketika belajar.

Seperti yang tular baru-baru ini di TikTok, seorang guru wanita giat mencantikkan kelas yang sudah comot demi keseronokan murid sepanjang waktu pembelajaran.

“Kebanyakan meja comot. Tak mampu nak padam satu-satu. Kalau cat cepat sikit siap. Cantik pun cantik. Nampaklah baru sikit,” tulisnya pada video.

Menurutnya, video tersebut dirakam minggu lalu ketika dia menghias kelas yang akan menempatkan muridnya tidak lama lagi.

“Saya merupakan guru kelas untuk murid darjah tiga. Setiap kali nak buka sekolah, memang guru akan buat persediaan. Kalau nak cantik sikit, guru boleh ambil inisiatif untuk hias bilik darjah masing-masing.

“Alhamdulillah, saya tak perlu keluar modal. Saya cuba minta sumbangan daripada ibu bapa murid saya dan mereka bagi kerjasama.

“Sebenarnya, murid saya ini dah tiga tahun saya jadi guru kelas mereka daripada mereka darjah satu. Jadi mak ayah mereka dah kenal rapat dengan saya.

“Ada yang beri sumbangan wang tunai, ada yang bagi cat. Saya tanya, kalau ada cat yang lebih, boleh sumbang. Tak demand pun warna apa. Alhamdulillah ibu bapa beri kerjasama yang baik sebab mereka tahu, ini untuk anak-anak mereka juga,” katanya yang mengajar di Kulai, Johor.

Selain mengecat 32 meja anak murid, guru ini dibantu suami dan anak-anaknya mengecat dinding dan membuat sudut bacaan di belakang kelas.

“Untuk sudut bacaan pun saya minta parents sedekah buku yang tak pakai. Jadi murid boleh tukar-tukar bahan bacaan.

“Saya bersyukur sebab suami dan anak-anak sangat menyokong malah mereka pun turun padang sekali,” katanya yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik.

18 tahun dalam bidang perguruan, guru berusia 40 tahun ini berkata dia lebih suka mengambil inisiatif sendiri kerana mahu melakukannya untuk kepuasan diri sebagai seorang guru.

“Kalau mengajar semata-mata, tak seronok. Kena ada satu benda yang beri kita semangat nak mengajar. Kalau kelas ceria, kita pun semangat nak mengajar. Murid pun semangat nak datang sekolah,” katanya.

Guru berkenaan turut menekankan betapa pentingnya kerjasama antara guru di sekolah dan juga ibu bapa.

“Bukan nak menunjuk atau mahu orang lain ikut. Saya cuma nak highlight mengenai fasiliti dekat sekolah. Kalau orang luar nampak benda ini, sedikit sebanyak mereka rasa tergerak dan ada kesedaran untuk membantu.

“Ibu bapa dekat luar sana, kalau nak anak kita selesa, kena rajin-rajin bertanya kepada guru seperti apa yang diperlukan. Guru ni kadang malu nak cakap. Bukan minta duit semata, tapi apa jua sumbangan sangat guru alukan,” akhirinya.

Video yang tular di laman TikTok

@zal_iz Replying to @syahira_art ♬ Funny – Gold-Tiger

Continue Reading
Advertisement