Setiap kali berlangsungnya sesebuah majlis yang dianjurkan oleh pusat tadika, pasti akan ada persembahan yang dilakukan oleh kanak-kanak tadika tersebut.
Dengan lagak mereka yang lucu dan comel, ish geram betul kita melihat persembahan mereka!
Ada yang menari, menyanyi, berlakon, bahkan ada juga membuat persembahan ‘choral speaking’.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak tadika berusia 5 tahun sedang mempersembahkan suatu persembahan ‘choral speaking’ di atas pentas telah berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @abeawe3334 itu, dapat dilihat kanak-kanak tadika itu sedang melakukan persembahan choral speaking di sebuah majlis.
Kelihatan guru mereka menjadi konduktor persembahan tersebut bagi memastikan persembahan itu berjalan dengan lancar dan kelihatan seragam.
Apa yang menarik perhatian warga maya adalah apabila kanak-kanak tadika itu dapat menyebut perkataan dengan jelas dan lancar, walaupun mereka baru sahaja berusia lima tahun.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah berjaya mencecah sebanyak 113.3K tontonan, 6144 tanda suka, dan 113 komen di laman platform sosial tersebut.
Min tengok pun geram, dengan lancarnya sebut. Walhal baru sahaja jejak usia 5 tahun. Syabas adik-adik, persembahan hebat!
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pujian terhadap anak-anak kecil ini kerana bakat mereka dan telatah anak-anak itu yang sangat comel.
Antara komen netizen:
“weh kalah aq ngan budak lancar je diorang hafal ni kalau aq dh tak ingat ape dh😂”
“rasa nak geget je smua, comelnyaaaaaa 😭😂”
“pandainye…. 5tahun kot… bukan mudah tu… tahniah sayang ² semua.. hebat cikgunya… singgah support 🥰”
“Alhandulillh .. 🥰 teacher nya memang semangt nya luar biasa masa menagajr 🤲🏻🤲🏻🥰🥰”
“Comel sangatt niii 😍 tahniah utk cikgu yg latih budak2 ni juga terbaikkk 👏🏻👏🏻👏🏻”
“tahniah anak2 semoga berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yang Soleh dan solehah dunia akhirat Amin”
Video TikTok yang tular: