Semenjak kos sara hidup difahamkan semakin meningkat, ramai individu yang melakukan kerja tambahan untuk menampung kehidupan mereka seperti bekerja sebagai seorang rider penghantar makanan.
‘Stereotype’ kebanyakan orang biasanya merasakan bahawa pekerjaan ini tidak mampu menjana pendapatan yang banyak pun, namun begitu kenyataan tersebut dibuktikan salah oleh seorang rider ini!
Menerusi satu ciapan yang dibuat di laman Twitter, seorang pemuda mendedahkan pendapatan seorang rider yang meraih sejumlah wang yang banyak sepanjang dia bekerja sebagai seorang rider.
Difahamkan, rider itu mampu meraih pendapatan melebihi RM 100,000 selepas pulun bekerja tidak kira siang mahupun malam.
Berdasarkan perkongsian yang sama, turut diselitkan satu foto e-wallet milik rider itu yang menunjukkan ianya benar-benar mencecah RM 100,000.
Dikatakan bahawa sebelum ini ramai individu yang memandang rendah akan profesion sebagai seorang rider penghantar makanan ini, akan tetapi sebenarnya dalam diam mereka mampu memperoleh pendapatan sebesar itu.
Perkongsian yang dibuat itu terus menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai kerana apakah konten itu sebenarnya benar atau tidak.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan mereka menyatakan bahawa mustahil untuk mendapatkan pendapatan sebanyak itu dengan hanya bekerja sebagai rider penghantar makanan.
Akan tetapi, ada juga netizen yang mendakwa bahawa perkara itu tidak mustahil asalkan mereka bekerja 12 jam dalam sehari tanpa henti yang memerlukan tenaga dan tekad yang sangat tinggi.
Tetapi apa yang sebenarnya yang berlaku ialah.. foto e-wallet yang dikongsikan itu hanyalah ‘edit’ semata-mata’ dan tidak seperti yang dinyatakan.
Antara komen netizen:
Hantaran yang tular: