Pelbagai ragam yang dapat kita lihat oleh pelajar memandu, ada sahaja benda aneh yang dibuat. Manakan tidak, pertama kali bawa kereta di atas jalan raya pastinya perasaan gemuruh itu ada.
Apatah lagi bila tiba ujian bersama JPJ, pasti ketar lutut habis tertukar segala ‘gear’ ketika memandu.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kereta yang dipandu oleh seorang pelajar memandu termasuk ke dalam longkang gara-gara gemuruh dan tidak dapat mengawal stereng mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @CikguLesenSado, kelihatan sebuah kereta berwarna putih jenama Axia yang digunakan untuk tujuan belajar memandu terbabas ke dalam longkang.
Difahamkan, kereta tersebut dipandu oleh calon yang sedang belajar memandu bersama-sama pelatihnya.
Dapat kita lihat, sebelah tayar kereta tersebut terlajak masuk ke dalam longkang menyebabkan kereta itu sedikit terangkat malah orang ramai yang ada di tempat kejadian membantu guru tersebut untuk mengalihkan semula kenderaan itu pada kedudukan asal.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen terhibur melihat perkara tersebut malah hairan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.
Tidak cukup dengan itu netizen juga bersyukur kerana tiada sebarang rempuhan ataupun kemalangan yang serius pada ketika itu.
Antara komen warga maya:
“laki sorang tu nape busy sangat.. sampai tak tahu nak tolong apa.. adesss”
“tak pernah masuk longkang tapi naik divider tu normal sangat dah”
“cikgu dok erangan ke kete masuk longkang ke lupa brek ada juga sebelah cikgu”
“teringat first time belajar memandu, tayar kereta sebelah naik atas benteng. Cikgu relax je, aku nangis dah”
Video yang tular di laman TikTok: