Sebelum ini, beberapa kawasan telah mewajibkan setiap orang untuk memakai mask ketika berada di supermarket.
“First of all saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana hari ini Dewan Bandaraya & Majlis Perbandaran telah menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian mask di supermarket”.
“Pihak atasan dengar rintihan & suara kita peeps, syukur Alhamdullilah. Terima kasih juga @kementeriankesihatanmalaysia atas tindakan yg cukup pantas & cekap”.
Namun begitu, atas beberapa faktor peraturan itu dikatakan telah ditarik balik oleh pihak berkuasa.
Covid-19 tersebar melalui udara?
Terdapat juga beberapa spekulasi yang mengatakan wabak Covid-19 ini dikatakan boleh merebak melalui udara.
Mendengar persoalan itu, Dr Say terpanggil untuk berkongsi dan menjawab persoalan tersebut demi memberi pengetahuan yang betul dan tepat kepada orang ramai.
“Merujuk kepada topik arini, sy ada dapat beberapa dm berbunyi “doc, tau tak COVID-19 ni boleh tersebar melalui udara?”.
Sebab itu Barisan hadapan pakai suit tebal macam astronaut
Dr Say turut menerangkan mengapa medical frontliners memakai suit tebal untuk melindungi diri mereka dari terkena jangkitan wabak berkenaan.
“Tak ke bahaya kalau kita tersedut udara yg ada virus ni?”. Well peeps, COVID-19 hanya boleh tersebar melalui udara kepada medical frontliners kita apabila mereka ingin melakukan prosedur2 invasive seperti intubasi”.
“Atas sebab ini lah kenapa kita nampak mereka pakai suit tebal macam astronaut beserta penutup mata“.
Jaga jarak antara satu sama lain
Selain itu, beliau turut memberitahu cara paling utama bagaimana wabak Covid-19 ini boleh merebak.
“Senang kata kepada rakyat jelata CARA PALING UTAMA COVID-19 ni merebak adalah melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) daripada batuk/ bersin mereka2 yg dijangkiti”.
Beliau turut menegaskan menjaga jarak antara satu sama lain adalah tersangat penting dalam mencegah diri dari dijangkiti wabak ini.
“Sebab itulah TERSANGAT PENTING kita menjaga jarak antara satu sama lain sebab virus in boleh merebak sehingga 1 meter”.
Virus ini boleh hidup dalam permukaan?
Di samping itu, Dr Say turut menjawab beberapa isu mengenai wabak ini antaranya mengenai wabak ini yang dikatakan boleh hidup diatas permukaan.
“Lepas tu mesti korang nak tanya “virus ni boleh hidup pada permukaan, betul ke doc?”.
“Jawapannya ya akan tetapi ini bukanlah CARA UTAMA COVID-19 merebak. Atas sebab inilah juga TERSANGAT PENTING untuk kita kerap mencuci tangan”.
Mengapa kita disarankan menjaga jarak dan kerap mencuci tangan?
“Semua benda yg disarankan ada tujuannya peeps. Takdelah KKM, WHO suruh kita laksanakan semua ni tanpa sebab”.
Bercakap mengenai saranan KKM , orang ramai digalakkan kerap membasuh tangan dan menjarakkan diri. Dr Say turut mengulas dua perkara asas itu perlu orang ramai lakukan ketika ini.
“Betapa indahnya ilmu, bila kita tahu kenapa kita perlu menjarakkan diri, kenapa kita perlu kerap cuci tangan barulah kita mahu melakukannya dengan jitu”.
Dr Say turut gembira berkongsi pemikiran dengan orang ramai
“Walaupun saya tiada kepakaran dalam bidang ini tapi sekiranya saya berjaya menjawab persoalan yang bermain di pemikiran korang, cukup membahagiakan saya dah”.
Semoga kita sama-sama berkongsi pengetahuan dengan orang ramai mengenai wabak ini dan bekerjasama menangani virus ini dari terus merebak di negara kita.