Connect with us

Selebriti

COVID-19: Mahkamah Denda Azwan Ali RM17,000

KUALA LUMPUR: Bekas pengacara, Azwan Ali, dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19. Dia dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19. Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan, 54, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan […]

Selebriti popular, Azwan Ali atau biasa dikenali dengan nama Diva AA telah dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Azwan Ali mengaku bersalah membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan, 54, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Diva AA dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Beberapa hari lepas, Hospital Putrajaya telah membuat satu laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya.

Penularan video tersebut juga didakwa menjejaskan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.

Menerusi kenyataan pada Selasa, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.

Difahamkan video yang dimaksudkan milik penyanyi Dayangku Intan yang telah diulang siar di akaun media sosial pengacara Azwan Ali.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.