Ramai di kalangan rakyat Malaysia gemar menonton sinetron dari negara jiran kita, Indonesia.
Drama sinetron yang sering disiarkan di kaca televisyen sedikit sebanyak memberikan hiburan kepada masyarakat kita.
Malah ada yang memang sentiasa menantikan drama-drama sinetron ini yang membuatkan penonton ternanti-nanti.
Sinetron yang berkisarkan kisah keluarga mendapat tempat dihati peminat
Kebiasaannya, drama sinetron yang menampil cerita berkisarkan keluarga ini yang mempunyai banyak episod menjadikan peminat tidak sabar menunggu setiap hari.
Sinetron Indonesia sering mendapat perhatian ramai apabila memaparkan beberapa babak yang lucu dan menghiburkan penonton dalam sinetron Badai Pasti Berlalu.
Leo berada di atas badan pesakit ketika nurse sedang tolak pesakit ke wad
Badai Pasti Berlalu ditayangkan di saluran SCTV ini menjadi bualan hangat netizen apabila menayangkan babak yang mencuit hati penonton.
Menerusi Watak Leo (lakonan Stefan William) dalam satu scene memaparkan pelakon ini berada di atas badan pesakit semasa kakitangan hospital menolak katil pesakit ke wad kecemasan.
Leo berada di atas bibik melakukan CPR
Difahamkan, menerusi Badai Pasti Berlalu di dalam babak ini menyaksikan watak bibik jatuh sakit dan segera dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut doktor.
Apabila tiba di hospital, kelihatan watak Leo berada di atas badan bibik tersebut melakukan CPR.
Leo menekan bahagian leher untuk beri bantuan pernafasan
Namun begitu, Leo dilihat menekan bahagian leher pesakit dipercayai untuk memberi bantuan penafasan.
Malah, watak lelaki itu turut mengarahkan kakitangan hospital untuk menolak katil tersebut dengan cepat.
Bibik harus bertahan, bibik harus kuat
“Maafin aku ya (sambil menekan leher pesakit). Bik, bibik harus bertahan ya, bibik harus kuat.”
Sedutan klip video dari sinetron Badai Pasti Berlalu ini telah viral dan menjadi perhatian ramai di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen dibanjiri dengan respon netizen mengenai watak Leo dalam scene berkenaan.
Babak itu diadaptasi dari babak drama Korea
Malah, mereka turut terhibur dan berasa lucu dengan scene yang dilakonkan oleh pelakon itu.
Selain itu, rata-rata netizen berpendapat babak ini cuba diadaptasi daripada satu babak drama Korea yang terkenal iaitu Descendants Of The Sun lakonan Song Joongki dan Song Hye-Kyo.