Connect with us

Viral

“Cucu jealous atuk nenek dapat pergi dulu” Mak Peminat Tegar K-Drama, Terus Anak Bawa Pergi Korea Selatan!

Ramai yang meminati budaya Korea setelah melihat K-Drama, sehinggakan mereka ingin sekali menjejakkan kaki mereka ke Korea Selatan.

Iospital phone repair gombak

Begitulah kisah seorang gadis ini, yang sempat memenuhi permintaan ibunya untuk ke Korea Selatan sebelum menyambut bulan Ramadhan baru-baru ini.

Difahamkan, video mengenai ibunya yang sangat teruja kerana berpeluang dapat melancong ke Korea Selatan itu telah mencuri perhatian segenap warga maya.

Memetik laporan MStar, anaknya yang bernama Ainaa Syahirah Zaini menyatakan bahawa dia bersama dengan ibu (62) dan bapanya (63) ke Korea Selatan selama lima hari iaitu dari 13 Mac hingga 17 Mac yang lalu.

Wanita ini yang lebih mesra dikenali sebagai Nana memberitahu bahawa ibunya itu merupakan peminat tegar K-Drama dan keinginan ibunya itu telah pun bermula sejak menonton sebuah K-Drama popular berjudul ‘Rooftop Prince’.

“Ini kali ketiga saya ke Korea Selatan. Pertama kali secara solo dan kedua dengan abang. Mak siap tanya bila agaknya dia dapat pergi ke sana pula.

“Masa pandemik Covid-19 sejak 2020, mak banyak menghabiskan masa di rumah tengok K-drama. Itu yang membuatkan mak lagi bersemangat nak ke sana,” katanya.

Sempat bercerita pendek mengenai Rooftop Prince, Nana menceritakan bahawa ia mengenai seorang putera dinasti dan banyak babak dirakamkan di Istana Gyeongbokgung iaitu istana yang dibina di Seoul semasa Dinasti Joseon.

“Dalam drama itu, heronya ada tulis surat dekat kawasan bawah istana untuk diberi kepada kekasihnya. Jadi, mak kata nak tengok ada ke surat tu apabila ke sana nanti.

“Sebelum masuk ke Istana Gyeongbokgung, kami bertiga menyewa pakaian tradisional untuk dapatkan mood macam dalam drama tu.

“Cuma bahagian yang dikatakan tempat tulis surat tu dalam pengubahsuaian. Kami hanya berjalan-jalan di kawasan lain di istana,” jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, ibu bapanya tetap teruja dan gembira kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Korea Selatan.

“Banyak lagi K-drama yang menarik minat mak untuk ke Korea, seperti Reply 1988 lakonan Park Bo-Gum, The Interest of Love (Yoo Yeon Seok) dan Coffee Prince (Gong Yoo).

“Mak juga siap nak feel macam K-drama, pergi ke kedai kopi di sana dan minum kopi sebab banyak babak di kedai kedai muncul dalam drama-drama mereka,” jelas Nana.

Menurut Nana yang mempunyai bisnes baju ‘bundle’ itu, dia menyatakan bahawa walaupun ibu bapanya sudah meniti usia emas dan mempunyai lapan cucu, mereka masih tetap bersemangat bersiar-siar di Korea Selatan.

“Macam mak, banyak tempat pergi dia nak cuba ikut macam babak dalam drama. Ayah pula tetap bertenaga berjalan jauh walaupun menggunakan tongkat.

“Banyak negara sudah kami pergi bersama, tapi yang suasana kali ini berbeza. Betul-betul membuatkan mak ayah berasa gembira dan seronok sangat.

“Bagi saya, melancong ke Korea bersama mak dan ayah merupakan satu momen yang tak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi tunaikan permintaan mak yang minat K-drama.

“Sampaikan anak saudara saya yang minat kumpulan K-Pop, Blackpink pun cemburu atuk dan nenek dia dapat pergi ke Korea dulu,” katanya lagi.

Video TikTok yang tular:

@bundleloversmy_ Hop into this trend by bringing my parents to seoul korea 💓💓 #tripkekorea #koreatrip2023 #tripwithparents #seoultravel #fyp #jalanjalankorea #familytrip ♬ candy speed ver. – heyhey ,

Continue Reading
Advertisement