Di Malaysia, isu pengguna kereta ‘cucuk’ rapat belakang di plaza tol sangat lah famous. Hal ini kerana mereka pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab ini enggan membayar tol sehinggakan ada kes dimana kereta belakang melanggar kereta hadapan, kereta belakang terhimpap dek palang dan banyak lagi.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ini bangga membuat content dirinya tidak membayar tol mencuri perhatian ramai.
Manakan tidak, selama ini kelakuan buruk tak bayar tol selalunya kita lihat di dashcam atau telefon pengguna jalan raya yang lain namun kalini ‘owner’ sendiri dedah perangai buruk dirinya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tapau_habis, dapat kita lihat lelaki ini ‘cucuk kereta depan’ untuk tidak membayar tol.
Captionnya yang bersahaja dan langsung tidak rasa bersalah dengan apa yang dilakukan itu jelas mengundang kecaman warga maya.
Dia juga sempat berseloroh di ruangan komen dimana dia mengatakan dirinya sedang bersembunyi disebalik batu setelah ada netizen yang meminta pihak polis untuk mengambil tindakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang mementingkan diri sendiri di atas jalan raya.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter: