Connect with us

Viral

“Cukup banyak ke sumbangan saya?” Dedah 2 Kali Tolak Gelaran Datuk, Madammu Akui Belum Sesuai Terima

Siapa tidak kenal dengan usahawan terkenal iaitu Eriyca Baiduri Abd Rashid atau mesra dipanggil ‘Madammu’ ni kan? Bukan sahaja cantik malah sikapnya yang sopan dan mesra dengan peminat membuatkan dirinya menjadi bualan ramai.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, Madammu juga merupakan seorang pengasas kepada produk kecantikan tempatan iaitu Noir Health & Beauty.

Baru-baru ini, Madammu menjadi perhatian ramai apabila tampil mendedahkan yang dia sudah dua kali menolak dari menerima gelaran ‘Datuk’.

Malah antara sebab mengapa Madammu menolak dari anugerah gelaran tersebut juga membuatkan ramai kagum dengannya.

Menurutnya, dia mempunyai matlamat dan visi yang mahu dicapai sebelum berasa layak untuk menerima anugerah tersebut.


“Sebenarnya, Madammu macam ini… kita dah dua kali tolak tapi kitorang ini ada tujuan, matlamat, visi. Contoh kalau saya ambil gelaran tu, cukup banyak ke sumbangan yang kita buat untuk Malaysia ni?” ujarnya.

“Memang saya lahirkan usahawan wanita dimana membantu menjana ekonomi negara tapi baru je dalam 50,000 orang. Saya menyasarkan 150,000 atau 200,000 orang baru saya akan fikir untuk ambil gelaran tu,” jelas Madammu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan jawapan yang diberikan oleh Madammu. Manakan tidak, pada masa kini ramai yang ingin membawa gelaran tersebut namun Madammu tetap dengan prinsip hidupnya.

Antara komen wargamaya:

“Bagus lah madam ni tak nak kejar gelaran”

“Betul cakap madammu.. Dato ke datin ke tansri ke puan seri ke, bila mati hanya tinggal nama sahaja”


“Dia masih pikir untuk bagi sumbangan kepada rakyat lain.. dia tolak pangkat demi nak tolong usahawan lain.. kalau orang lain dah naik tamak”

“Setuju sangat.. bukan jenis yang beli untuk saje2 nak title dato datin tu”


Video yang tular di laman TikTok:

@nikzulaikha_noir Inilah sebab kenapa ramai yang menjadikan madamu Idola, kerana Madammu sentiasa ada prinsip dan matlamat 💜💜 #erycabaiduri #ladynoirofmalaysia ♬ original sound – EikaNoir

Continue Reading
Advertisement