Baru-baru ini tular dengan sebuah video yang dimuat naik oleh usahawan kontrovesi terkenal, Dato Aliff Syukri.
Beliau sekali lagi menerima kecaman hebat dari warga netizen apabila melakukan aksi tarian yang mengghairahkan bersama penyanyi dangdut, Baby Shima demi mempromosikan lagu terbaharunya “BABY SYG” yang bakal dilancarkan pada 17 Ogos ini.
Rentetan daripada itu, seorang pendakwah bebas dan juga Pencetus Ummah, PU Syed Mohd Bakri Syed Ishak telah tampil memberikan nasihat secara terbuka kepada usahawan tersebut untuk membatalkan pelancaran lagu dangdut terbaharunya itu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh PU Syed di laman Instagramnya, dia mengatakan konten muzik video yang dikongsikan mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai untuk dipaparkan kepada khayalak umum.
Tambahan pula, aksi mereka itu bertentangan dengan ajaran Islam.
Tarian yang dilakukan oleh Dato Aliff Syukri dan Baby Shima dalam video ‘teaser’ itu dikecam kerana dianggap keterlaluan.
“Dengan dia artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Aliff Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat.”
“Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang,” katanya.
Tambah PU Syed lagi, Dato Aliff Syukri sengaja mahu mencetuskan kontoversi yang mendatangkan kemungkaran semata-mata mahu diperkatakan oleh orang. Aliff juga seolah-olah tidak mengambil peduli nasihat yang diberikan oleh orang ramai sebelum ini dan masih melakukan perkara sebegini.
“Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat. Adakah kamu (suka) macam itu? adakah kehidupan kamu untuk menyenangkan perut hati kamu semata-mata?”
“Tidakkah kamu suka menggembirakan agama Allah SWT.Cukuplah kemungkaran yang berlaku di depan mata. Jangan tambah lagi,” luah PU Syed.
Meninjau di ruangan komen PU Syed, rata-rata warganet berseteju dengan nasihat yang diberikan olehnya kerana Dato Aliff Syukri sering kali melakukan kontroversi dan tidak pernah serik dengan tindakkannya itu sejak dahulu lagi.
Antara komen warganet di laman Instagram:
“Terima kasih ustaz mewakilkan kami teguran untuk Dato Aliff”
“Dia tahu orang akan kecam dia, so dia tutup ruangan komen video lagha dalam IG dia”
“Bertaubatlah kamu..dah besar boleh pilih kut..dah ada anak bini..”
“Dia maemang sengaja pun ustaz.. lagi tegur lagi galak dia buat video camtu..”
Video yang tular di laman Instagram: