Connect with us

Selebriti

“Cukuplah menganjing..mungkin kelakar tapi melibatkan maruah” PU Riz Tegur Blog Jadikan Wajah Bahan Jenaka

Sejak mendirikan rumah tangga, nama pasangan ini tidak asing lagi di media sosial dek kerana menjadi bahan bualan netizen atas kontroversi yang bertalu talu. Biasalah, lumrah ‘public figure’, buat apa pun tetap menjadi isu dikalangan warganet.

Terbaru, Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, menegur sebuah blog agar berhenti membandingkan wajahnya dengan mana-mana individu sehingga tular di media sosial.

Tindakan berkenaan disifatkan sebagai sangat tidak menjaga sensitiviti apabila seperti sengaja membuka ruang kepada netizen melemparkan kata-kata hinaan kepadanya dan individu lain. Kata PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail

Tidak baik membuka ruang untuk orang menghina dan mengeji

“Tidak mengapa kita nak buat lawak, buat kelakar tetapi (tidak baik) kalau dah sampai kita membuka ruang untuk orang berkata-kata, menghina dan mengeji.

“Saya faham ia mungkin lawak dan sebagainya tapi kena jaga sensitiviti, jangan buka ruang untuk orang berkata yang tidak perlu,” katanya

Perkongsian PU Riz di Instagramnya.

Sebelum ini, blog tersebut beberapa kali memuat naik gambar warga asing yang memiliki wajah seiras dengan suami kepada Neelofa ini sambil diiringi dengan kapsyen yang lucu.

Tanggungjawab untuk saling ingat-mengingati

Dia terpanggil untuk memberikan komen berhubung isu ini kerana ia merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk saling ingat-mengingati apabila melibatkan isu seperti ini.- kata PU Riz

“Cukup-cukuplah. Saya kalau boleh nak diam saja tak mahu jadi perhatian

“Banyak benda lain kita nak buat. Kongsilah perkara yang berfaedah daripada bercakap tentang benda-benda buruk macam ni.

Maruah mesti dipertahankan

“Saya faham ia mungkin kelakar tapi apabila dah sampai melibatkan maruah mesti kita pertahankan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Dalam agama kita ada satu bahagian yang mana menyuruh kita jaga kebajikan antara manusia, ia diwajibkan kepada semua umat Islam,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz terpanggil membantu 110 keluarga kurang berkemampuan di Taman Jinjang Baru bersama sama dengan NGO, Pertubuhan Kasih Neelofa.

Pu Riz sah bergelar suami kepada Neelofa dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, bulan Mac yang lepas.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.