Connect with us

Viral

“Cuma ada RM5,” Tular Anak Rakam Ayah Makan Nasi Tak Berlauk, Lelaki Ini Jelaskan Apa Yang Berlaku

Sebelum ini telah tular sebuah video memaparkan kehidupan seorang bapa dan anak lelakinya yang serba kekurangan.

Kehidupan dua beranak ini teleh mencuri tumpuan ramai apabila kanak-kanak bernama Nik Aswan memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok miliknya.

Ayah jamah nasi berlauk kicap baki makanan si anak

Perkongsian tersebut memaparkan si ayah sedang menjamah nasi putih berlauk kicap baki makanan tengah hari si anak yang disediakan oleh ayahnya sebelum keluar bekerja.

Rakaman video berkenaan menggambarkan kehidupan dua beranak yang serba kekurangan tetapi dilimpahi dengan kasih sayang si ayah kepada anaknya.

Menerusi laporan mStar, Ngah Misnum dikatakan telah memadam video yang dimuat naik sebaik sahaja mendapt tahu video berkenaan telah tular di media masa.

Bila tular di media massa saya terus ambil telefon dan padam video itu

“Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk”.

“Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya.

Saya tak nak anak sedih dengan keadaan saya

Ngah Misnun yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu itu menjelaskan dia berbuat demikian kerana tidak mahu menimbulkan sebarang isu dan enggan meraih simpati orang ramai.

“Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini”.

Selama ini saya tak kongsi keperitan dengan orang ramai

“Selama ini saya tak kongsi keperitan hidup dengan dia apatah lagi nak kongsi dengan orang ramai, tetapi bila dah viral saya rasa perlu memberi sedikit penjelasan,” jelasnya.

Berkongsi cerita lanjut, Ngah berkata pada hari itu dia cuma mempunyai wang sebanyak RM5 sebelum mendapat upah melakukan kerja memotong rumput pada sebelah petang.

Alhamdullullah, anak tidak membazir

Berbekalkan wang RM5 yang dia ada, dia telah membeli lauk seekor ikan keli pada harga RM4.

“Bila sampai rumah saya terus masak nasi dan pesan dekat anak saya untuk makan. Saya tak makan sebab nak terus keluar pergi mesin rumput”.

“Balik dari mesin rumput, saya lapar sangat dan tengok lauk anak saya dah makan habis.  Alhamdulillah, ia tak membazir”.

Tiba-tiba dia rakam tanya saya makan tak ada lauk

“Saya intai tengok dia dalam bilik leka main telefon, terus saya ambil lebihan nasi putih dan makan.

“Masa tu la tiba-tiba dia keluar dan rakam sambil tanya saya makan tak ada lauk ke?” ujarnya”.

Jelas Ngah yang bekerja mengambil upah mesin rumput berkata dia telah menasihati anaknya agar lebih berhati-hati dengan tidak memuat naik video seperti itu lagi selepas ini.

Saya mendidik anak supaya tidak sedih

Malah, dia juga akan memantau penggunaan telefon bimbit yang baru dibeli itu untuk tujuan belajar secara dalam talian, menggunakan duit tabung anaknya.

Ujar bapa ini lagi sebagai kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ibu, dia mempunyai cara sendiri dalam mendidik anak supaya anaknya itu tidak bersedih.


Dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya

“Maklumlah hidup hanya berdua dengan anak, dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu jadi saya perlu faham dia dengan lebih mendalam,” katanya.

Selain itu, Ngah juga memohon maaf atas tindakan anaknya sehingga menimbulkan kerisauan dan mengundang simpati masyarakat.

Saya nak mintak maaf atas apa yang berlaku

Dia berharap netizen akan berhenti mengecam dirinya dan anak kerana tiada seorang pun faham keadaan yang mereka lalui sekarang ini.

“Bila saya dihubungi, bagus juga sebab saya nak mohon maaf atas apa yang berlaku dan boleh beri penjelasan,” katanya.

Kami tak perlu sumbangan, hanya perlu saham akhirat

Meskipun hidup dalam serba kekurangan, Ngah berkata dia tidak memerlukan sumbangan wang, cukuplah sekadar mendoakan mereka murah rezeki dan kekal bahagia bersama.

“Sejujurnya kami tak perlu sumbangan, hami hanya perlu saham akhirat.

“Biarpun kami makan tak ada lauk, doa kalian adalah lauk kami sampai ke akhirat,” katanya yang sering berkongsi kisah hidup bersama anak tunggalnya di akaun TikTok.

@nikaswanngah♬ bunyi asal – NIK ASWAN NGAH K.T.G

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan pengakuan Ngah dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.