Selebriti serba boleh, Shuib yang kini bergelar ahli perniagaan memberitahu dia kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk dikurniakan gelaran Datuk dari sebuah negeri.
Tidak menyatakan dari negeri mana, anggota kumpulan Sepahtu ini walau bagaimanapun tidak terburu-buru untuk menerima tawaran tersebut kerana dia masih perlu memikirkan beberapa faktor.
Cakap ya saja, dah dapat Datuk
Menurut Shuib, dia akan mengadakan perjumpaan dengan pihak yang memberikan tawaran tersebut bagi berbincang mengenainya.
“Cuma perlu cakap ya saja, dah dapat Datuk! Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini.”
Namun begitu, Shuib masih memikirkan untuk menerima tawaran tersebut dan bertanyakan pendapat orang lain.
“Tapi saya masih fikir-fikir lagi.. saya ada bertanya juga pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu,”
Kenapa tak terus terima
Shuib menjelaskan sebab kenapa dia tidak menerima terus tawaran tersebut kerana gelaran Datuk seperti tidak sesuai kerana dirinya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad,36, turut tertanya-tanya tentang kesesuaian dirinya untuk mendapat gelaran tersebut walaupun kriteria untuk memperoleh gelaran Datuk itu sudah mencukupi.
Dia yang ditemui semasa pelancaran cawangan ketiga Bubblebee Malaysia di Suite Apartment Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini turut berkata, gelaran Datuk bagi dirinya yang kini bergelar ahli perniagaan pastinya akan memberinya beberapa kelebihan dalam segenap hal.
Dia yang kini banyak berurusan dengan tokoh korporat dan usahawan berpengaruh merasakan terdapat keperluan untuknya memilik gelaran ini.
“Kalau dari sudut bisnes rasa macam saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini. Secara peribadi saya rasa perlu.
“Apabila ada gelaran mungkin rasa lain sikit, itulah tak tahu nak cakap apa lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerimanya,”
Terdahulu, Shuib merupakan bekas ahli Kumpulan Sepah yang telah menjadi Juara program realiti Raja Lawak Musim 3 pada tahun 2009 dan dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011.
Setelah Kumpulan Sepah berpecah, Shuib menganggotai kumpulan Sepahtu yang ditubuhkan oleh rakan baiknya, Jep Sepahtu.