Connect with us

Viral

Cuma RM13 Untuk 3 Orang Makan, Caj Harga Makanan Macam Zaman 90-an Buat Ramai Kagum!

Kenaikan harga barangan pada masa kini sememang kian terasa apatah lagi buat peniaga sehinggakan perlu menaikkan harga jualan demi meraih keuntungan.
Iospital phone repair gombak
Tidak cukup dengan itu, mereka juga perlu mengambil kira kos-kos lain seperti gaji pekerja, bil elektrik, bil air dan banyak lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga nasi campur masih mengekalkan harga makanan dengan harga yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhammadabdulsal16 di TikTok, ramai yang mendakwa harga yang diletakkan adalah murah ibarat harga makanan seperti zaman 90-an.

Difahamkan, kedai makan tersebut berlokasi di Medan Selera Puchong Perdana, Puchong, Petaling Jaya.

Menurutnya, harga makanan untuk tiga orang makan hanyalah RM13 dan harga tersebut tidak pernah berubah walaupun sudah setahun dia makan di kedai berkenaan.


“Ini bukan silap kira ya. Dah setahun saya makan di sini dan harganya memang save pocket. Saya orang Gombak, terkejut juga bila mula-mula sampai Puchong, tiga orang makan pun baru RM13,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terkejut melihat jumlah harga tersebut yang hanya RM13 sedangkan tiga pelanggan yang memakan nasi campur itu masing-masing mempunyai lauk ayam dan ikan yang bersaiz besar.

Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan sikap tuan kedai dan mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Antara komen warga maya:

“13 ringgit semua??? murah gila tu… zaman 2022, tapi harga 90 an, terbaikk”

“Bila dia bersedekah dalam berniaga.. semoga maju perniagaan dia.. sebab dia ikhlas..”


“3 orang makan RM13.. perghh.. semoga di permudahkan segala urusan & dilimpahkan kurniaan rezeki..”

“Murah teruk tu.. haritu saya sarapan mee hoon goreng lambak dengan nasi lemak air suam teh air pun RM15 lebih..”


Video yang tular di laman TikTok:

@muhammadabdulsal16♬ original sound – Ernity

Continue Reading
Advertisement