Connect with us

Global

Curang Guna Microsoft Excel, Suami Kantoi Jalin Hubungan Sulit Selama 6 Tahun

Perkahwinan ialah suatu ikatan di mana dua hati disatukan dan menempuh alam perkahwinan bersama-sama tidak kira susah ataupun senang. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini kes kecurangan rumah tangga semakin banyak berlaku.

Memetik laporan Siakap Keli, baru-baru ini seorang wanita di Taiwan telah berjaya membongkar ‘trick’ suaminya curang dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.

Difahamkan, Microsoft Excel Spreadsheet Online itu bukan sahaja digunakan untuk berhubung dengan ‘kekasih gelapnya’ itu malah turut digunakan untuk menyimoan gambar-gambar kenangan dan ketika melakukan hubungan seks.

Berdasarkan laporan media tempatan, pasangan suami isteri ini memiliki kehidupan yang serba mencukupi.

Namun, dikatakan hubungan mereka menjadi semakin renggang setelah dikurniakan seorang cahaya mata yang membuatkan si suami kurang mendapat perhatian dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain.

Ekoran itu, hubungan mereka menjadi semakin rapuh.

Sungguhpun demikian, si isteri tidak pernah menyangka bahawa suaminya sanggup curang terhadapnya.

Menurut si isteri, dia telah mencurigai suaminya sejak tahun 2017 lagi akan tetapi tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa suaminya berlaku curang di belakangnya.

Pada Mei 2021, secara tidak sengaja si isteri menemukan satu kunci aneh di dalam beg gim milik suaminya.

Susulan penemuan itu, si isteri kemudian menyelidik lebih lanjut mengenai aktiviti dan kegiatan suaminya itu.

Akhirnya, si isteri berjaya memuat turun ‘spreadsheet’ Excel yang sering digunakan oleh suaminya untuk berhubung dengan skandalnya dan ditemukan juga bukti-bukti lain kecurangan si suami.

Dia mendapati bahawa suaminya telah mula menjalinkan hubungan sulit sejak Februari 2016.

Berikutan penemuan segala bukti tersebut, si isteri terus melaporkan wanita tersebu dan memfailkan saman serta menuntut ganti rugi sebanyak $13,159,242.67 (RM 1,957,549.76) terhadap suaminya.

Sewaktu perbicaraan dijalankan, lelaki itu telah mengakui bahawa dia mempunyai hubungan sulit namun menafikan bahawa mereka sering melakukan hubungan seks dan pernah mempunyai anak hasil daripada hubungan sulit berkenaan.

Di samping itu, skandal lelaki tersebut turut menuduh bahawa isteri lelaki itu menyunting helaian Excel dan menyatakan dia sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kecurangan suaminya tetapi tidak pernah mengambil sebarang tindakan.

Skandal si suaminya itu juga dilaporkan meminta agar kekasihnya untuk membayar pampasan yang diminta bersama-sama.

Hal ini demikian kerana dia berasa tidak adil jika dia seorang sahaja yang perlu membayarnya.

Pampasan berjumlah $13,159,242.67 (RM 1,957,549.76) juga dianggap terlalu tinggi oleh si skandal itu.

Berdasarkan siasatan pula, didapati bahawa perempuan simpanan itu telah hamil pada Ogos 2016.

“Saya akan cuba, jangan risau, saya tidak akan biarkannya terbongkar.” tulis perempuan simpanan itu kepada lelaki tersebut pada tahun 2017.

Keseluruhannya, mahkamah akhirnya memutuskan bahawa hubungan mereka adalah di luar batas hubungan lelaki-perempuan biasa kerana kerap bertemu dan melakukan hubungan seks.

Lantas itu, si isteri layak menerima denda daripada perempuan simpanan lelaki itu sebanyak $2834664.13 (RM 421,614.18).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.