Connect with us

Viral

Daftar UM Seorang Diri, Pemuda Tunggang Motor Kriss Dari Putrajaya Ke KL Buat Ramai Kagum

Bukanlah satu perkara yang mudah untuk kita mencapai kejayaan, pastinya ada jatuh bangun apatah lagi jika bukan dilahirkan dalam kalangan keluarga yang senang.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang pemuda sanggup menunggang motorsikal Kriss semata-mata ingin mendaftarkan dirinya ke Universiti Malaya mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, Lau Lai Kiat hadir ke universiti awam itu secara seorang diri dengan menaiki motorsikal dari Putrajaya ke Universiti Malaya tanpa kehadiran keluarganya.

“Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya. Selepas SPM, saya menyambung pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.”


“Motosikal ini memang saya letak di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan saya gunakan setiap kali ‘turun’ Kuala Lumpur. Untuk pendaftaran hari ini, saya bermalam di rumah rakan saya di Putrajaya setelah mengambil motosikal saya di TBS,” kongsinya.

Merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik, dia juga merupakan ahli keluarga pertama yabg menjejakkan kaki ke alam universiti dan bertekad mahu membalas jasa insan tersayang.

“Saya bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian nanti. Ayah saya yang hanya bekerja sebagai buruh telah bertungkus lumus membesarkan kami adik-beradik, dan sudah tiba masanya saya cuba membalas jasanya,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan semangat yang ada di dalam diri pemuda ini malah niat baiknya untuk membalas jasa ibu bapanya meraih pujian ramai.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar pemuda ini meraih kejayaan dalam pelajaran dan dipermudahkan segala urusannya.

Antara komen warga maya:

“Semoga kamu berjaya mencapai cita2 kamu ya..”

“Setiap kejayaan ada kisahnya.. bersusah dahulu..”

“Semoga jadi inspirasi buat anak muda yang masih lalai..”

“Tahniah dik dengan kecekalan mu.. belajarlah bersungguh2..”


Video yang tular di laman Facebook:

Continue Reading
Advertisement