Connect with us

Semasa

Dah Boleh Rapatkan Saf, Arab Saudi Batalkan Sekatan Penjarakan Sosial dan Pelitup Muka

Arab Saudi merupakan antara negara yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar negara. Bukan itu sahaja, malah terkenal dengan kota suci umat Islam.

Disebabkan negara ini dikunjung ramai, Arab Saudi tidak terlepas daripada isu penularan wabak pandemik. Pemimpin negara ini turut sedaya upaya menjaga Arab Saudi bagi melindungi rakyat mahupun pelancong.

Arab Saudi menamatkan semua sekatan C-19 di negara itu pada Sabtu lepas (5 Mac 2022) termasuk penjarakan sosial di semua tempat dan pemakaian pelitup muka di luar rumah.

Menurut Saudi Gazette, negara itu juga akan menamatkan penjarakan sosial di dua masjid suci dan semua masjid namun jemaah masih perlu memakai pelitup muka.

Dalam pada itu, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di tempat terbuka tetapi wajib di kawasan tertutup.

Negara itu tidak lagi mewajibkan pelancong menjalani kuarantin sebaik tiba di negara tersebut. Penumpang juga tidak perlu lagi menyediakan ujian PCR semasa ketibaan mereka.

Semua ketibaan ke Arab Saudi atas semua jenis visa lawatan diperlukan untuk mendapatkan insurans yang meliputi kos rawatan daripada jangkitan C-19.

Kerajaan itu juga menarik balik penggantungan penerbangan terus dan ketibaan ke Kerajaan dari negara Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Lesotho, Eswatini, Mozambique, Malawi, Mauritius, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, United Republic of Comoros, Nigeria, Ethiopia, Afghanistan.

Kementerian Dalam Negeri turut menekankan kepentingan untuk terus melengkapkan pelaksanaan pelan kebangsaan untuk imunisasi, termasuk mengambil dos penggalak dan menggunakan prosedur untuk mengesahkan status kesihatan dalam aplikasi “Tawakkalna” untuk memasuki kemudahan, aktiviti, majlis, pesawat dan pengangkutan awam.

Langkah-langkah yang diambil di atas adalah tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berwibawa di Arab Saudi, mengikut perkembangan dalam situasi epidemiologi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.