Ramai golongan yang memerlukan bantuan di luar sana turut dibantu pelbagai agensi bagi meringan beban mereka menjalani kehidupan seharian.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook oleh Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), berkongsi beberapa foto menunjukkan keadaan rumah transit yang ditinggalkan oleh penghuninya dalam keadaan yang kotor.
Rumah transit itu diberikan secara percuma kepada yang layak
Difahamkan, rumah transit tersebut diberikan secara percuma kepada mereka yang layak menerima bantuan berkenaan.
Namun, peluang dan ruang yang diberikan tidak dijaga dengan sebaik mungkin. Kejadian tersebut berlaku di flat Taman Impian Skudai, Johor Bahru.
Rumah kotor dengan longgokan sampah dan tidak terurus
Jika dilihat menerusi foto tersebut, jelas menunjukkan keadaan rumah itu yang tidak terurus ditambah pula, dengan longgakan sampah.
Pihak MAINJ, turut meluahkan rasa kecewa apabila rumah tersebut tidak dijaga dengan sebaik mungkin, berikutan penghuni tersebut sama sekali tidak perlu membayar sewa rumah tersebut.
Sedih bila rumah percuma ditinggalkan dalam keadaan macam ini
Sedih rasa, bila rumah transit yang diberi duduk secara percuma ditinggalkan dalam keadaan macam ni.
Semalam kami bersihkan, lepas ni kena baik pulih sikit, tukar pintu dan lain-lain yang rosak, cat semula dan pasang tikar getah, InsyaAllah.
Kami menerima aduan dari orang ramai mengenai keadaan rumah
Memetik Harian Metro, rumah tersebut telah ditinggalkan oleh sebuah keluarga asnaf setelah menetap di situ semenjak tahun 2015.
Menurut Ketua Penolong Pengarah MAINJ Khirul Nizam Mat Said, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berkenaan keadaan rumah tersebut sejak tahun 2017.
Mereka minta rumah dibersihkan kerana terlalu busuk
Sebelum keluarga asnaf ini diberikan tempat tinggal secara percuma mereka menandatangani polisi antaranya menjaga kebersihan dan keadaan rumah yang didiami.
“Sebelum ini, keadaan rumah yang mereka diami elok terjaga. Pihak kami mendapat makluman rumah itu kotor selepas aduan dibuat.”
“Pada akhir 2019, kami dimaklumkan ketua blok terbabit bahawa keluarga asnaf ini tidak lagi duduk di rumah transit itu dan mereka meminta agar rumah dibersihkan kerana berbau terlalu busuk.”
Keluarga itu paling lama menetap disitu
Jelas Nizam lagi, keluarga asnaf tersebut merupakan keluarga yang paling lama menetap di situ berikutan keadaan ekonominya .
Selain itu, difahamkan keluarga asnaf ini mempunyai sembilan anak yang masih kecil dan bersekolah.
Keluarga asnaf gagal bayar bil air dan eletrik sehingga dipotong
Tidak berakhir di situ, mereka telah meninggalkan rumah tersebut setelah gagal membayar bil air dan eletrik sehingga berlakunya pemotongan daripada pihak konsesi.
Kini, rumah tersebut dalam proses untuk dibaik pulih dan akan diberikan kepada asnaf yang lebih layak.
Penghuni hanya membayar bil utiliti sahaja
Difahamkan, rumah tersebut merupakan projek di bawah seliaan Baitulmal, dan penghuninya hanya perlu menanggung bil utiliti sahaja.
Semoga bantuan yang diberikan kepada keluarga asnaf yang lain dapat dijaga dan dimanfaatkan sebaik mungkin.