Pulau Langkawi merupakan tarikan pelancong yang datang ke Malaysia bahkan keindahan alam juga membuatkan ianya sangat terkenal dan menjadi destinasi wajib orang ramai.
Tidak cukup dengan itu, Pulau Langkawi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Jadi tidak hairanlah jika tempat ini penuh dengan pelancong pada hari minggu.
Bagaimana pun, baru-baru ini tular sebuah kisah dimana menunjukkan keadaan Pulau Cenang di langkawi yang lengang dan sunyi sepi tanpa kehadiran pengunjung mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @KhairAljufri, dapat kita lihat kedai yang menjual pakaian, cenderamata dan manisan juga tidak begitu ramai pembeli malah jalan raya tidak sibuk seperti sedia kala walaupun itu merupakan hari sabtu yang sepatutnya sesak dengan pengunjung.
“Pantai Cenang, Langkawi.. apa sudah jadi? tak ada orang.. dah jadi pantai lengang” ujar pengguna TikTok ini di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat mereka masing-masing mengenai situasi tersebut.
“Makanan mahal, hotel mahal semuanya mahal.”
“Last options jika nak ke Langkawi sebab costing terlalu mahal… bukan nak berkira tapi too much, hope mereka improve jika tidak melingkup lah bisnes.”
Netizen akui kos percutian yang terlalu tinggi menyebabkan orang ramai lebih memilih untuk pergi bercuti di tempat yang lebih murah.
Walaubagaimanapun, berkemuningkan besar juga kekurangan pelancong ini berlaku disebabkan oleh faktor yang lain.
Antara komen warga maya:
“Langkawi mahal la.. kita dudok rumah jelah”
“Kalau bawa 1k je dapat bergambar kat burung helang balik hari je la gamaknye”
“Bawa family besar 3-4 ribu ringgit belum tentu cukup”
Video yang tular: