Connect with us

Viral

“Dah jadi trend” Aksi Lelaki Melompat Gembira Keluar Dari Pejabat Agama, Netizen Tampil Beri Sindiran

Terdahulu pernah tular sebuah video dimana terdapat sepasang bekas pasangan suami isteri yang selamba menari ikut ‘trend’ TikTok selepas sah bercerai sehingga membuatkan ramai yang kurang senang.

Bahkan, ada juga satu video lain dimana seorang wanita yang begitu ceria sebaik sahaja menerima lafaz talak di mahkamah. Reaksi bersahajanya itu nyata membuatkan segelintir netizen hairan adakah penceraian pada masa kini merupakan satu trend?

Manakan tidak, walaupun penceraian dibolehkan atas sebab tertentu namun ianya tetap tidak disukai oleh agama Islam dan sepatutnya tidak ‘meraikannya’.

Malah, agama islam sendiri menggalakkan agar perbincangan dibuat sebelum penceraian sama ada boleh atau tidak untuk diperbaiki lagi hubungan tersebut kerana penceraian bukanlah satu perkara remeh yang boleh dibuat main.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dilihat keluar dari pejabat agama dipercayai menguruskan urusan cerai dengan bekas isterinya dengan reaksi yang gembira sekaligus raih tanda tanya ramai untuk kesekian kalinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rsraymaster001, dia juga sempat melompat keriangan di hadapan pejabat agama.


Difahamkan, lelaki tersebut telah berpisah dengan bekas isterinya dan kini menjalani hidup duda bersama dua orang lagi anaknya.

Menurutnya lagi, ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk diambil selepas 11 tahun berjuang menyelamatkan rumah tangganya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen memberi sendirian kepada lelaki tersebut agar tidak culas soal nafkah anak-anak.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar penceraian tidak menjadi satu trend pada masa akan datang.

Antara komen warga maya:

“Happy-happy gak bro. Kalau ada anak nafkah jangan lupa nah…”

“Bekas bini dia buat keputusan yang sangat bijak.”


“Dah jadi trend.”

“Sedih bila ramai dah buat tt bercerai happy-happy, hope tak ada yang buat lagi…”

Video yang tular di laman TikTok:

@rsraymaster001 🐊 Jalan terus #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #official ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official

Continue Reading
Advertisement