Connect with us

Selebriti

“Dah kenapa bergambar dengan suami orang?” Muatnaik Foto Dengan Ashraf Muslim, Netizen Sound Mawar Karim

Siapa tidak kenal dengan usahawan dan model jelita iaitu Mawar Karim atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim.

Mawar juga merupakan pengarah bagi Fareeda Global Resources Sdn. Bhd. Tidak hairan jika dia kini dikenali ramai oleh kerana telah mencipta nama yang besar dalam dunia perniagaan.

Terbaru, sekali lagi Mawar terpalit dengan kontroversi dan dikatakan sengaja menimbulkan isu.

Dikatakan Mawar Karim berkongsi foto dengan pelakon Ashraf Muslim di Instagram lantas mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tampil mengulas tentang isu perkongsian tersebut, bekas isteri kepada aktor Fizo Omar menjelaskan bahawa tidak ada salahnya dia bergambar dengan Asyraf yang jelas diketahui umum statusnya sebagai suami orang.

“Ada tulis ke dosa atau kesalahan saya muat naik gambar ini?” jawab Mawar pada salah satu komen yang ditinggalkan pengikutnya.

Menerusi ruangan kapsyen, usahawan tudung ini menulis ayat dalam bahasa Arab berbunyi ‘ana la thlatha’ yang bermaksud saya bukan yang ketiga.

Disebabkan foto berdua itu, netizen mempersoalkan tindakan Mawar yang dilihat kurang manis bergambar bersama suami orang.

Mengulas lanjut, difahamkan Mawar kini berada di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah sendirian.

“Alhamdulillah syukran (terima kasih) beberapa orang yang terlibat dalam urusan saya, MasyaAllah datang ke Makkah.”

“Ya kali ni seorang tanpa ditemani anakanda Maryam atau keluarga. Saya datang kerana Allah, saya pulang kerana Allah,” tulisnya di Instastory miliknya.


Meninjau di ruangan komen, terdapat netizen yang ‘panas’ dengan tindakan Mawar mesra bergambar dengan suami orang kerana boleh berlakunya fitnah akhir zaman.

Namun ada juga segelintir yang menganggap hal sedemikian tidak salah dimana selagi tidak bersentuhan dan menjaga batas sebagai orang islam dan menggangap mereka bertemu secara kebetulan di Kota Makkah.

Terdahulu, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun mereka berpisah pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Pada Khamis lalu, Fizo melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor dan kemudian diraikan dalam majlis di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang pada hari yang sama.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.