‘Prank order’ sememangnya pada masa kini tidak asing lagi dimana ada individu yang tidak bertanggungjawab berlakon sebagai pelanggan dan order makanan dalam jumlah yang banyak dan tiba pada waktu penghantaran, pelanggan ‘ghaib’ dan tidak dapat dihubungi.
Selalunya kes sebegini banyak berlaku di kalangan rider makanan namun lain pula kali ini dimana sebuah restauran kecil ditipu pelanggannya mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hsnzahsm, kelihatan dia sedang berada di sebuah restoren yang tidak diketahui lokasinya.
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat terdapat 3 meja panjang yang sudah disediakan makanan berbuka puasa yang telah ditempah.
Pun begitu, individu yang menempah makanan tersebut tidak kunjung tiba walaupun masa sudah menunjukkan waktu untuk berbuka puasa.
Pada awalnya, wanita ini yang juga seorang customer hairan mengapa meja itu masih kosong namun dia berfikiran positif dan menganggap mereka mungkin akan datang selepas berbuka puasa.
“Please lah jangan aniaya orang.. sebelum berbuka kami pelik tengok kenapa orang yang booking tu tak datang-datang.. dalam hati positif jelah maybe diorang datang lepas berbuka” ujarnya
“Tapi sampai orang dah balik, lampu dah tutup pun orang tak datang-datang.. staff bagitau call orang yang booking tu tak berangkat.. banyak kali call langsung tak angkat..”
“Buat naya dekat orang je.. dah la 60 pax.. tanpa sebarang deposit.. moga Allah permudahkan urusan owner restoren ni.. aminn”
Wanita ini juga bagaimana pun menyangkal dakwaan video tersebut dilakukan untuk konten atau marketing semata-mata kerana tidak mempamerkan nama kedai dan dia hanya customer kedai tersebut sahaja.
“Kalau betul content saya dah tunjuk besar2 nama kedai.. Pakej apa ada.. Lauk apa ada.. Masalahnya ni bukan kedai saya. Saya kastemer je”
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen,rata-rata warga netizen simpati dengan nasib peniaga tersebut kerana dianiaya pada bulan yang mulia ini.
Bukan itu sahaja, netizen juga menasihatkan peniaga diluar sana agar mengambil deposit separuh daripada harga makanan tersebut bagi mengelakkan berlakunya kerugian yang besar.
Antara komen warga maya:
“orang yang buat order ni tak rasa bersalah ke dalam hati? tergamak sungguh aniaya orang macam ni..”
“lain kali kalau ada orang nak booking amik jer deposit, safetu sikit..”
“content je ke?”